Connect with us

Oh! Media

“Janganlah Orang Luar Buat Kenyataan Seolah-Olah Kami Bodoh Sangat” – Azmeer

Ajl35

Trending

“Janganlah Orang Luar Buat Kenyataan Seolah-Olah Kami Bodoh Sangat” – Azmeer

Susulan mendapat kritikan dari penyanyi, Datuk Hattan terhadap senarai 12 lagu yang telah terpilih ke pentas Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35), Azmeer selaku ketua juri telah tampil untuk pertahankan keputusan pihaknya.

BACA : Lagu Yang Anda Rasa Layak, Tak Lepas Masuk Final AJL35? Ini Jawapan Azmeer

Kalau korang nak tahu, selain Azmeer, AJL juga telah dinilai oleh juri-juri professional yang lain seperti Fauzi Marzuki, Edrie Hashim, AG Coco, Ajai, Helen Yap dan Datuk Mokhzani Ismail. Semua memang nama-nama hebat dalam industri muzik. Jadi kalau ikutkan, semua dah ada pengalaman dan kepakaran dalam bidang masing-masing. Bukannya main sedap pilih macam baling dart.

IKLAN

“Janganlah orang luar buat kenyataan seolah-olah kami bodoh sangat. Tak salah nak bagi komen tapi bukannya kami tak tahu muzik.” – katanya.

Tambahnya lagi, para juri tak lah terlalu tua sampaikan tak ikut perkembangan muzik semasa. Semuanya bersikap terbuka dan terima semua jenis lagu. Contohnya, ada tiga lagu rap yang terpilih ke AJL35, padahal tidak ada pun antara juri yang rappers macam Joe Flizzow atau Altimet. Haa, kan terbukti yang mereka bukan hanya pilih genre tertentu. Jadi, tak logiklah kalau ada yang kata juri tolak lagu-lagu yang dicipta oleh komposer baru. Kalau lagu itu memang layak, then confirm akan dipilih.

“Kami hanya jalankan tugas masing-masing, kami ada pengalaman luas dalam muzik. Muzik ini adalah sesuatu yang sangat subjektif dan kami menilai berdasarkan kriteria yang ditetapkan.” – tambahnya.

Walaupun ada juri-juri lain, tapi Azmeer mestilah orang yang paling teruk kena kecam sebab beliau ketua juri. Ikutkan, Azmeer tak nak pun jadi ketua juri, bahkan beliau dah pernah tolak pun untuk duduk di kerusi itu. Tapi, pihak TV tetap nak beliau jadi ketua juri sebab beliau tegas daripada segi penjurian.

BACA : “Juri Berfikiran Cara Lama”, Datuk Hattan Kurang Setuju Dengan Senarai Lagu AJL35

Jadi, janganlah kita sibuk salahkan Azmeer ya. Beliau hanya cari rezeki untuk jalankan tugas yang diberi sahaja. Kalau nak tunggu sampai semua pihak puas hati, tak boleh juga. Ini baru isu pemilihan lagu ke pentas AJL. Agak-agak kalau dah ada juara nanti, jadi isu macam ni juga tak?

Kredit: mStar

Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Oh! Media
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas