Connect with us

Oh! Media

“Biasalah Kes Tengah Viral” – Tawaran Drama 14 Episod Puteri Balqis Didakwa Ditarik Balik

Oh! Artis

“Biasalah Kes Tengah Viral” – Tawaran Drama 14 Episod Puteri Balqis Didakwa Ditarik Balik

Ibu kepada pelakon Puteri Balqis iaitu Norashikin Mohd Aziz mendakwa sebuah stesen televisyen swasta menarik balik tawaran kerja melibatkan drama 14 episod yang diberikan kepada anaknya.

ADVERTISEMENT

BACA: Nak Buktikan Cerita Benar, Puteri Balqis Dan Ibu Dibawa Jumpa Pakar Psikiatri, Sah Hidap PTSD

Memetik laporan portal Boom!, nama Puteri Balqis atau lebih mesra dipanggil Aqish difahamkan telah digugurkan selepas pelakon itu membuat pendedahan pernah menjadi mangsa darah daging sendiri secara terbuka menerusi satu sesi podcast di Youtube.

Sedih untuk beritahu, tawaran kerja untuk sebuah stesen televisyen swasta sebanyak 14 episod ditarik balik. Biasalah kes tengah viral.

Dakwa Ashikin lagi, dia terpaksa memulangkan wang pendahuluan bagi sebuah produksi drama yang telah diterima Aqish sebelum ini.

Sebagai seorang ibu, dia meluahkan rasa bimbang memikirkan masa depan kerjaya seni anaknya itu. Selain berlakon, dia juga bimbang jualan buku akan perlahan disebabkan kes ini.

Namun begitu, ibu tetap optimis dan percaya dengan rezeki yang sudah ditentukan Allah SWT buat mereka. Katanya lagi, dia dikelilingi orang yang baik-baik dan amat membantu.

Kredit: BOOM

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas