Connect with us

Oh! Media

Nak Buktikan Cerita Benar, Puteri Balqis Dan Ibu Dibawa Jumpa Pakar Psikiatri, Sah Hidap PTSD

Oh! Artis

Nak Buktikan Cerita Benar, Puteri Balqis Dan Ibu Dibawa Jumpa Pakar Psikiatri, Sah Hidap PTSD

Bapa kepada pelakon remaja, Puteri Balqis akhirnya ditahan untuk siasatan lanjut selepas pelakon itu membuat laporan polis.

ADVERTISEMENT

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat mengesahkan suspek didakwa melakukan serangan seksual, miliki bahan lucah serta pengabaian.

BACA: Bapa Puteri Balqis Akhirnya Ditahan Polis, Telefon Bimbit Dirampas Untuk Siasatan

Terbaru, portal Boom melaporkan, di atas nasihat peguam pelakon itu dan ibunya Norashikin Mohd Aziz telah dibawa ke sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan pakar psikiatri.

Menurut sumber, kedua-duanya dikatakan telah bermalam di wad dan selepas berjumpa pakar mereka disahkan menghadapi gangguan dan tekanan selepas trauma atau (PTSD).

Selepas laporan polis dibuat atas nasihat peguam Aqish (Puteri Balqis) dan ibunya dibawa ke hospital untuk berjumpa pakar psikiatri.

Kita pun tidak mahu orang menuduh dia meraih simpati atau mereka-reka cerita. Jadi, dia ke hospital bersama dengan polis.

Tambahnya, tujuan dibawa ke hospital adalah untuk membuktikan apa yang dikatakan Aqish itu benar dan penderaan mental yang dialaminya juga benar-benar berlaku.

Terdahulu, Puteri Balqis mengejutkan orang ramai apabila membuat dakwaan bapa kandungnya sendiri telah membuat gangguan seksual apabila mengajaknya menonton video lucah bersama.

Kredit: Boom!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas