Connect with us

Oh! Media

Tarian Dangdut Diva AA Jadi Punca Festival Raya Di Kedah Terpaksa Ditutup

Diva aa ohmedia

Oh! Tidak

Tarian Dangdut Diva AA Jadi Punca Festival Raya Di Kedah Terpaksa Ditutup

Tindakan seorang selebriti tanah air, Diva AA menari dangdut di atas pentas Karnival Fiesta Raya Baling 2024 telah menyebabkan kesemua peniaga terpaksa berputih mata.

Dilaporkan pihak PBT telah memberi arahan supaya Karnival tersebut ditutup serta-merta kerana perbuatan dari selebriti tersebut telah mencetuskan kontroversi sehingga Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi mendapat kecaman.

@eiraaziera6699

Jumpa di ahkirat!!!

♬ Instrumen Sedih – Yuda pratama

Seorang peniaga dan pempengaruh, Eira Aziera meluahkan kekecewaan kerana terpaksa menanggung kerugian berhubung insiden itu sehingga perniagaan mereka perlu ditutup.

IKLAN

Penganjur bagi tahu vendor-vendor untuk tutup khemah dalam masa 48 jam. Apa salah kami sampai kami pula diarahkan tutup? Yang menari bukan kami, yang menari tu tak ada dalam atur cara majlis, tetamu yang tak diundang.

Di mana budi bicara sebagai orang Islam. Patutkah orang Islam lain yang buat, orang Islam yang tak ada kena mengena menjadi mangsa. Ingat nak buka booth tak guna duit kah.

Harap selebriti itu tampil bertanggungjawab. Disebabkan beliau ramai orang yang tidak bersalah kehilangan kerja sedangkan masing-masing sedang mencari rezeki untuk persediaan hari raya.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nizar Rahman
Nizar, atau lebih dikenali sebagai Encik Jambu, bukan sahaja seorang penulis berbakat di Oh! Media tetapi juga seorang pelakon dan pengacara. Selain itu, beliau turut memainkan peranan penting dalam menguruskan media sosial, memastikan penjenamaan Oh! Media sentiasa relevan dan berinteraksi dengan pengikut.
Teruskan membaca..
Berita lain yang lebih popular...

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas