Connect with us

Oh! Media

Oh! Artis

Azlan Komeng Pelik Ramai Tak Puas Hati Walaupun Nak Berpoligami Dengan Cara Betul

Azlan Komeng nampaknya masih berteka-teki soal berpoligami. Pelakon berusia 48 tahun itu mengakui hasrat untuk berkahwin lagi masih dalam pertimbangan dan bukan keputusan mudah. Walaupun banyak spekulasi berterbangan, Azlan tetap tenang dan cuba menjaga hati semua pihak.

Saya tak boleh cerita secara terperinci, saya kena menjaga hati kedua-dua pihak. Namun, segala perancangan sedang berjalan.- Katanya.

Azlan Komeng ada pengalaman kahwin dua tapi kali ini berbeza…

Rupanya, Azlan bukan baru nak cuba-cuba berpoligami. Beliau pernah berkahwin dua sebelum ini, malah isterinya, Nur Nilam, pernah meminang seorang wanita untuk dijadikan madu. Cuma kali ini, situasi nampaknya lebih rumit dan memerlukan pertimbangan mendalam.

IKLAN

Saya masih lagi berfikir, banyak perkara kena pertimbangkan. Saya bukannya tiada pengalaman. – Tambahnya.

Bagaimanapun, Azlan kecewa dengan komen negatif netizen yang menghentam keputusan peribadinya. Menurutnya, selagi berpoligami dilakukan dengan cara yang betul, tak ada sebab orang nak marah.

Isteri dah restu, netizen pula tak puas hati…

Kalau saya sembunyi, mungkin saya kesal. Saya agak kecewa dengan netizen. Jika berpoligami dengan cara betul, jadi kenapa tak puas hati?.- Ujarnya.

Tambahnya lagi, beliau sentiasa berterus terang dengan isterinya tanpa sembunyi-sembunyi.

Menariknya, Nur Nilam yang juga isteri Azlan, mendedahkan bahawa beliau merestui jika suaminya berkahwin lagi. Pengakuan ini membuatkan netizen terkejut dan terus berbalah di media sosial. Ada yang kagum, ada pula yang mengecam.

#ApaKataOhmedia

Berpoligami memang bukan perkara main-main. Kalau niat ikhlas dan ikut syariat, tak salah pun. Cuma, kena sedia dari segi mental, emosi, dan kewangan. Kita doakan sahaja yang terbaik buat mereka.

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Harian Metro


Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas