Connect with us

Oh! Media

Azhar Sulaiman Tak Setuju Tiga Penyampai Radio Digantung Tugas

Ohmedia azhar sulaiman isu penyampai radio era fm

Oh! Artis

Azhar Sulaiman Tak Setuju Tiga Penyampai Radio Digantung Tugas

Nampaknya, pelakon Azhar Sulaiman turut tampil bersuara isu yang hangat diperkatakan rakyat Malasia ketika ini. Azar berpendapat tiga penyampai radio Era FM iaiatu Nabil Ahmad, Azad Jazmin, dan Radin hanya menjalankan tugas mengikut konten pihak penyiar dan tak sepatutnya dikenakan hukuman.

Sebagai artis, termasuk diri saya sendiri, apabila berada di hadapan kamera, kadang-kadang kami boleh menjadi terlalu sopan, di luar kawalan dan sedikit ‘gila’ dalam percakapan atau perbuatan.- Katanya.

Era Fm

Azhar juga yakin trio penyampai tersebut bukanlah individu yang rasis dan sentiasa menghormati serta menjunjung Al-Quran dan undang-undang negara.

Ini tanggungjawab penuh pihak penyiar…

Era Fm

Tambah Azhar, beban kontroversi itu sepatutnya tidak diletakkan sepenuhnya pada tiga penyampai terbabit. Katanya, jika ada yang perlu dipertanggungjawabkan, semua pihak yang terlibat dalam proses penyiaran patut menerima bahagian masing-masing.

IKLAN

Sudah menjadi standard praktis untuk pihak penyiar, editor, pengarah memastikan tapisan apa yang boleh dan tak boleh dimuat naik ke massa.- Katanya lagi.

Azhar juga meluahkan rasa kurang setuju apabila ketiga-tiga penyampai tersebut terpaksa menanggung akibat sebuah video yang dimuat naik di platform media sosial stesen radio berkenaan.

#ApaKataOhmedia

Kontroversi ini memang panas dan susah nak puaskan hati semua pihak. Memang betul, setiap kandungan yang disiarkan perlu ditapis rapi, tapi sebagai penyampai, mereka pun kena lebih berhati-hati bila bercakap depan kamera.

Ohmedia azhar sulaiman isu penyampai radio era fm

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Facebook Azhar Sulaiman


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas