Connect with us

Oh! Media

Ammar Alfian Bersuara Selepas Dituduh ‘Naik Tangan’ Kepada Bekas Kekasih

ammar alfian

Oh! Artis

Ammar Alfian Bersuara Selepas Dituduh ‘Naik Tangan’ Kepada Bekas Kekasih

Nama pelakon kontroversi, Ammar Alfian kembali hangat diperkatakan apabila dituduh naik tangan kepada seorang wanita.

BACA: Wanita Dedah Dipukul Dan Dicekik Sampai Pengsan Pelakon Lelaki Sado

IKLAN

Wanita berkenaan membuat pendedahan panjang lebar di Instagram termasuk bukti kecederaan di beberapa bahagian badan.

Ammar Alfian dituduh pukul perempuan

ammar alfian

Terbaru, pelakon berbadan tegap itu memuat naik kenyataan tegas di media sosial yang jelas menunjukkan dia tidak akan berdiam diri lagi apabila mendakwa dirinya difitnah.

Ammar akan mengambil tindakan mengikut saluran undang-undang kerana isu yang ditimbulkan bukan sahaja melibatkan dirinya, malah turut membabitkan individu tidak bersalah.

I’m taking this issue seriously. LEGALLY. Do it right with the law. Masing-masing ada pendapat. INNOCENT UNTIL PROVEN GUILTY. Jangan percaya bulat-bulat dan dengar sebelah pihak sahaja. Thank you.

“Awak guna karakter saya perangkap saya”

ammar alfian

Ammar juga mendedahkan bahawa tuduhan sama pernah dilemparkan terhadapnya tahun lalu, namun dia memilih untuk mendiamkan diri kerana menganggap individu tersebut masih belum matang.

Namun, apabila situasi sama berulang tahun ini, dia tekad untuk tidak berdiam diri lagi.

Sebab aku besar, muka garang, u used my character to frame me. Last year u did the same thing but I didn’t do anything n let it slide… But this year u came at me again with the same story…

Apa yang lebih mengejutkan, kali ini dakwaan tersebut turut menyeret nama individu lain iaitu @zane_gan yang menurut Ammar langsung tidak terlibat dalam hal ini.

Kredit: Instagram Ammar Alfian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Oh! Podcast

Tonton di YouTube

Popular Bulan Ini

Ke Atas