Connect with us

Oh! Media

Wanita Dedah Dipukul Dan Dicekik Sampai Pengsan Pelakon Lelaki Sado

Pelakon Lelaki Sado

Trending

Wanita Dedah Dipukul Dan Dicekik Sampai Pengsan Pelakon Lelaki Sado

Seorang wanita membuat pendedahan mengejut apabila mendakwa dirinya pernah dipukul dan dicekik oleh seorang pelakon lelaki berbadan sasa dan berjambang ketika mereka masih menjalin hubungan cinta.

Menerusi hantaran Instagram Story, wanita tersebut turut berkongsi foto-foto kecederaan di muka, leher dan tangan yang didakwa berpunca daripada keganasan pelakon berkenaan.

Berapa kali kau cekik aku sampai pengsan? Bila aku pengsan kau tampar untuk sedarkan aku. Bila aku dah sedar kau cekik aku lagi dan lagi.

Wanita trauma didera kekasih sendiri, pelakon lelaki berbadan sado

Img 3702

Menurut wanita itu lagi, pelakon tersebut sering menghina dan mencaci dirinya dengan kata-kata kesat.

IKLAN

Takde lelaki nak perempuan rosak macam kau!

Selepas melakukan penderaan, pelakon berkenaan dikatakan akan memujuk dan menabur janji manis, kononnya tidak akan mengulang perbuatan sama. Namun, semuanya hanya kata-kata kosong.

Polis sudah dihubungi, ramai mangsa lain muncul?

Img 3701

Difahamkan, wanita tersebut sudah membuat laporan polis berhubung kejadian dan berkongsi tujuannya membuka kisah ini adalah untuk melindungi wanita lain agar tidak menjadi mangsa seterusnya.

Img 3700

Lebih mengejutkan, selepas pendedahan dibuat, seorang gadis lain yang jauh lebih muda tampil memaklumkan bahawa dia juga pernah menjadi mangsa kepada pelakon yang sama.

Img 3699

Cinta tak seharusnya menyakitkan fizikal dan mental. Anda layak untuk disayangi, bukan disakiti.

Kredit: Instagram Story
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas