Connect with us

Oh! Media

aliff aziz ruhainies khalwat

Oh! Artis

Aliff Aziz Tiada Sebab Nak Gaduh Dengan Ruhainies, Teruskan Hubungan Baik Lepas Kantoi Khalwat

Hari ini, nama Aliff Aziz dan Ruhainies kembali hangat diperkatakan selepas mereka hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk prosiding pertama kes khalwat.

BACA: “Doakan Kami” – Ruhainies Dan Aliff Aziz Sedondon Serba Hitam Ke Mahkamah Prosiding Kes Khalwat

IKLAN

Pasangan ini membuat pengakuan tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Syarie Abu Suffian Abu Yaziz.

BACA: Ini Keputusan Mahkamah Mengenai Kes Khalwat Aliff Aziz Dan Ruhainies Pagi Tadi

Memetik laporan mStar, bekas suami kepada Bella Astillah ini mengaku akan meneruskan persahabatan dengan Ruhainies secara baik meskipun kini berdepan pertuduhan khalwat.

ruhainies

Kata Mohamad Aliff Aziz, tiada sebab dia dan Ruhainies perlu bermasam muka selepas isu khalwat yang dikaitkan mereka.

Orang mungkin kata kami perlu dingin kerana berdepan pertuduhan mahkamah. Namun bagi saya apa yang berlaku tidak menghalang untuk kami berhubung secara normal.

Katanya lagi, mereka bukanlah musuh jadi tidak perlu sampai nak bergaduh. Dalam pada itu, Aliff meluahkan rasa lega prosiding hari ini berjalan dengan lancar.

Dia berjanji akan memberi komitmen sepenuhnya mengikuti prosiding dengan teliti selepas membuat pengakuan tidak bersalah.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas