Connect with us

Oh! Media

ruhainies

Oh! Artis

“Doakan Kami” – Ruhainies Dan Aliff Aziz Sedondon Serba Hitam Ke Mahkamah Prosiding Kes Khalwat

Pelakon Ruhainies dan Aliff Aziz menarik perhatian ramai selepas hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan bersama-sama.

BACA: Tular Kad Jemputan Pertunangan Aliff Aziz Dan Ruhainies Di Media Sosial?

IKLAN

Difahamkan, mereka ke mahkamah untuk prosiding pertama kes khalwat tempoh hari. Turut hadir bersama adalah peguam dan pengawal peribadi masing-masing.

Memetik laporan Instagram @officialhlive, mereka tiba kira-kira jam 9 pagi tadi sedondon berpakaian serba hitam.

Aliff dan Ruhainies sempat memberi pesanan supaya mendoakan yang terbaik buat mereka.

Minta doa dari semua doakan baik-baik supaya prosiding hari ini berjalan dengan lancar. Doakan yang terbaik untuk kitorang.

Pada 9 Mac lalu, Aliff Aziz dan Ruhainies ditangkap berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium mewah di ibu negara.

Tangkapan khalwat membuatkan isteri kepada Aliff iaitu Bella Astillah menuntut cerai dan mereka sah berpisah pada 13 Jun.

Kredit: Instagram Officialhlive

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas