Connect with us

Oh! Media

Aliff Aziz Ruhainies mahkamah

Oh! Artis

Ini Keputusan Mahkamah Mengenai Kes Khalwat Aliff Aziz Dan Ruhainies Pagi Tadi

Sebentar tadi kami melaporkan yang pelakon Ruhainies dan Aliff Aziz telah tiba di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan bersama-sama awal pagi tadi.

BACA: “Doakan Kami” – Ruhainies Dan Aliff Aziz Sedondon Serba Hitam Ke Mahkamah Prosiding Kes Khalwat

IKLAN

Menurut laporan mStar, kedua-dua mereka mengaku tidak bersalas atas tuduhan berkhalwat yang dilakukan pada 9 Mac lepas di hadapan Hakim Syarie, Abu Suffian Abu Yaziz di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur tadi.

Saya faham dengan pertuduhan. Saya mengaku tidak bersalah.

Saya faham. Saya mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.

Pertuduhan terhadap mereka didakwa mengikut Seksyen 27(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 dan Seksyen 27 (b) akta yang sama. Jika disabitkan kesalahan, mereka boleh didenda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Perbicaraan ditangguhkan pada 12 Oktober depan dan bon jaminan untuk kedua-duanya juga dilanjutkan.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas