Oh! Artis
Ali Puteh Jelaskan Dengan Bukti Isu Hidayah Datang Rumah Tapi Orang Tak Buka Pintu
Februari tahun lalu, balu Allahyarham Abam iaitu Siti Norhidayah Mohd Ali bertindak berkunjung ke rumah peninggalan arwah suami bersama peguamnya tapi pintu tak dibuka.
Dalam video itu, Hidayah meluahkan rasa sebak melihat keadaan rumah yang penuh dengan semak samun.
Katanya lagi, di luar rumah kelihatan motosikal dan kereta penghuni namun tiada siapa yang menyahut salamnya atau keluar bersemuka.
BACA: Rumah Tinggalan Arwah Abam Penuh Dengan Semak, 1 Jam Hidayah Tunggu Tapi ‘Pihak Sana’ Tak Buka Pintu
Selepas setahun berlalu, adik iparnya, Ali Puteh tampil dengan video untuk mempertahankan diri.
Ali pertahankan diri
Ali menyertakan rakaman perbualan dengan peguam yang datang bersama Hidayah ke rumah itu.
Peguam mengaku ada berborak dengan abang ipar Ali mengenai rumah peninggalan tersebut. Tetapi butiran perbualan tidak dikongsi.
Difahamkan, bukti ini untuk menjawab dakwaan Hidayah bahawa tiada penghuni keluar ketika mereka berkunjung ke rumah itu.
Jelas pelawak ini, dia pernah memberikan bukti ini kepada pihak media tetapi media tidak mengeluarkannya.


Ali mendakwa lagi, dia telah difitnah apabila ada seorang netizen menulis komen mengaku sebagai jiran mendakwa Ali ada di rumah ketika itu.

Ali bagaimanapun menutup ruangan komen perkongsian yang dibuatnya di TikTok.
Haih, nampaknya masih belum selesai ni kan?
Kredit: TikTok Ali Puteh
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 18 hours ago