Connect with us

Oh! Media

Viu Malaysia Menang “Besar” Di Asian Academy Creative Awards (AACA 2023), Bukti Karya Tempatan Viu Original Terbaik!

Branded

Viu Malaysia Menang “Besar” Di Asian Academy Creative Awards (AACA 2023), Bukti Karya Tempatan Viu Original Terbaik!

Viu, perkhidmatan penstriman OTT pan serantau terkemuka, berjaya memenangi 10 anugerah di Asian Academy Creative Awards (AACA) 2023 baru-baru ini. Ia merupakan satu kemenangan besar buat Viu Malaysia.  

Kejayaan ini membuktikan bahawa Viu Malaysia sentiasa komited dalam menghasilkan drama tempatan yang berkualiti. Di samping memastikan Viu adalah sebuah perkhidmatan penstriman OTT yang terbaik buat pengguna. 

Untuk makluman korang, Viu berjaya memperoleh 10 anugerah melalui 3 drama Viu Original iaitu Hilang, Nenek Bongkok Tiga dan juga Ijab Kabut yang telah ditayangkan pada tahun 2022 sehingga 2023. 

Mesti korang tertanya-tanya kategori apa yang drama Viu Original berjaya menangkan? Meh sini kami kongsikan. 

Viu Original Hilang 

Viu, Viu Malaysia, AACA 2023, Hilang, Nenek Bongkok Tiga, Ijab Kabut

Drama Viu Original Hilang yang bergenre thriller ini diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar bersama Sein Qudsi. Drama yang membariskan pelakon berpengalaman seperti Khir Rahman.Siti Saleha, Aqasha dan Jasmine Suraya ini telah berjaya menerima 4 anugerah di AACA 2023. 

Khir Rahman yang membawa watak sebagai Inspektor Munir berjaya memenangi kategori Pelakon Lelaki Terbaik dan Siti Saleha berjaya diangkat sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di AACA 2023. 

Bukan itu sahaja, drama Viu Original Hilang turut menerima anugerah bagi kategori Runut Bunyi Terbaik dan juga kategori Lagu Tema Terbaik.

Viu Original Hilang, mengisahkan tentang pembunuhan seorang remaja pendatang tanpa izin di Kampung Seri Daik yang membawa Inspektor Munir pulang ke kampung halamannya setelah 17 tahun.. Menambahkan rumit keadaan apabila seorang lagi remaja hilang secara misteri.

Mengesyakii penjenayah yang melakukan kedua-dua kes ini adalah makhluk yang bukan dari dunia nyata,Inspektor Munir dan Yusof, seorang ustaz berkerjasama membongkar rahsia gelap Kampung Seri Daik. Adakah mereka berjaya? Saksikan ke semua episod penuh di Viu

Viu Original Nenek Bongkok Tiga

Viu, Viu Malaysia, AACA 2023, Hilang, Nenek Bongkok Tiga, Ijab Kabut

Drama Viu Original Nenek Bongkok Tiga yang diarahkan oleh Datuk Yusry Abdul Halim berjaya memenangi kategori Pengarah Terbaik (Fiksyen). Drama yang menengahkan genre thriller dan dark fantasy ini pernah menjadi bualan hangat netizen atas kelainan yang dibawa. 

Disebabkan kelainan yang berbeza, drama ini turut menerima anugerah bagi kategori Penyuntingan Terbaik oleh Johan Bahar dan juga kategori Kesan Khas (VFX) Terbaik oleh Yureka. 

Viu Original Nenek Bongkok Tiga menghimpunkan pelakon berpengalaman dan baru ini berjaya menyondol anugerah Pelakon Lelaki Pembantu Terbaik oleh Syafie Naswip. 

Selain itu, drama yang penuh dengan plot dan kejutan ini berjaya membuktikan bahawa produksi Viu Malaysia komited dalam menghasilkan karya yang terbaik buat penonton apabila Viu Original Nenek Bongkok Tiga diangkat sebagai Karya Original Terbaik Streamer/OTT di AACA 2023. 

Drama ini mengisahkan tentang lapan orang yang dijadikan tebusan di dalam sebuah rumah agam di tengah hutan Bukit Luruh yang selalu menjadi kawasan orang hilang. Mereka semua telah didakwa oleh penjaga rumah agam atas sebab menceroboh kawasan mahluk bergelar Tuan Tanah.  Pelbagai rintangan dan cabaran perlu diharungi mereka berjaya bebas dari hutan tersebut. Adakah mereka berjaya keluar secara hidup atau mati? Saksikan 10 episod drama Viu Original Nenek Bongkok Tiga hanya di Viu

Viu Original Ijab Kabut 

Viu, Viu Malaysia, AACA 2023, Hilang, Nenek Bongkok Tiga, Ijab Kabut

Drama Viu Original Ijab Kabut yang membariskan pelakon seperti Azira Shafinaz, Iedil Dzuhrie Alaudin dan juga Fadlan Hazim ini turut berjaya memenangi anugerah di AACA 2023. 

Viu Original Ijab Kabut bergenre romantik komedi ini telah membantu Azira Shafinaz memenangi anugerah bagi kategori Pelakon Komedi Terbaik. Lakonan yang berbeza ditampilkan oleh beliau dalam Ijab Kabut ini mendatangkan hasil buat dirinya. 

Drama ini mengisahkan tentang Deanna (Azira Shafinaz) yang hampir berkahwin tetapi ditinggalkan oleh tunangnya. Disebabkan tidak mahu mengalah terhadap sepupunya, dalam masa 7 bulan, dia mencari pengganti tunangnya. 

Terperangkap dengan cinta tiga segi bersama Khai dan Mat yang mahu menjadi lebih daripada rakan komplot. Adakah Deanna dapat mencari cinta pengganti atau cinta sejati? Saksikan semua dalam Viu Original Ijab Kabut

Kualiti Drama Viu Original, Angkat Martabat Drama Lokal

Tak hairan sebenarnya apabila drama yang dihasilkan oleh Viu Original mendapat penganugerahan. Korang sendiri boleh lihat dengan pelbagai perubahan diambil dari segi jalan cerita, plot, visual, runut bunyi, editing dan juga sinematografi pada drama yang dihasilkan. 

Kalau korang mahukan drama yang terbaik, streaming saja di Viu. Pelbagai drama dan filem terkini dari dalam dan luar negara ada untuk korang. Belum ada lagi Viu? 
Muat turun sekarang aplikasi Viu di Play Store dan App Store secara percuma. Untuk maklumat lanjut, ikuti media sosial rasmi Viu di Facebook, Instagram dan Tiktok.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas