Connect with us

Oh! Media

“28 Tahun Hilang Macam Tu Je” – Bekas Madu Miera Liyana Menang

Ohmedia hafizal Om Featured New 1200x675

Oh! Artis

“28 Tahun Hilang Macam Tu Je” – Bekas Madu Miera Liyana Menang

Adibah, bekas madu Miera Liyana, kongsi kisah menang hak jagaan anak selepas 28 tahun berkahwin.

Perkongsian penuh emosi oleh Adibah Abdul Mutalib, bekas madu kepada pelakon Miera Liyana, telah menyentuh hati ramai netizen apabila dia mendapatkan hak jagaan penuh terhadap dua orang anaknya.

Meskipun melalui detik hitam selepas 28 tahun mendirikan rumah tangga, Adibah tetap memilih untuk tidak menyalahkan mana-mana pihak, sebaliknya menerima ketentuan takdir dengan hati terbuka.

“Tak ada siapa kahwin nak end up single”- Adibah.

 7006

Dalam perkongsiannya, Adibah meluahkan rasa tidak percaya apabila rumah tangga yang dibina selama hampir tiga dekad berakhir begitu saja.

IKLAN

Tak ada siapa yang kahwin, nak end up single. Tak ada siapa yang kahwin, nak end up turun naik mahkamah. Siapa sangka 28 tahun hilang macam tu saja.

Namun, dia akur bahawa setiap ujian membawa hikmah tersendiri dan percaya ini adalah fasa untuk dirinya lebih menghargai diri sendiri.

It’s ok tarik nafas dalam-dalam. Saya percaya perancangan Allah SWT lebih baik untuk saya di masa akan datang. (Please pray for my all kes tuntutan).- Tulisnya.

Bekas madu Miera Liyana dapat sokongan padu dari netizen…

Miera Liyana

Ruangan komen dibanjiri dengan ucapan semangat dan doa dari netizen yang turut tersentuh dengan luahan Adibah. Rata-ratanya mendoakan agar dia terus kuat, bahagia bersama anak-anak dan diberi kekuatan menghadapi sebarang tuntutan mahkamah yang masih berjalan.

Malah, ramai yang menjadikan kisah Adibah ini sebagai peringatan bahawa jodoh adalah ujian, dan kadangkala perpisahan juga adalah bentuk perlindungan dari Tuhan.

Pssttt! Tak semua perpisahan itu buruk. Kadangkala, ia adalah jalan untuk seseorang lebih mengenali nilai dirinya sendiri dan membuka ruang kepada ketenangan yang selama ini hilang. Apa yang penting, teruskan melangkah ke hadapan dengan hati yang redha dan yakin bahawa setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Kredit: Facebook
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas