Connect with us

Oh! Media

#JUADAH Resepi Lontong Kuah Lodeh Buat Santapan Di Pagi Raya

Oh! Makan

#JUADAH Resepi Lontong Kuah Lodeh Buat Santapan Di Pagi Raya

Hari Raya Aildiftiri bakal menjelma tidak lama lagi. Sudah pasti pelbagai jenis juadah yang bermain di fikiran korang untuk dibuat sebagai santapan di pagi raya nanti kan?

ADVERTISEMENT

BACA: #JUADAH Tak Ada Oven Nak Buat Biskut Raya? Jom Cuba Resepi Mudah Ini

Antara juadah yang menjadi pilihan di pagi raya adalah lemang, rendang, ketupat dan sebagainya. Jadi untuk sempena lebaran yang bakal menjelma nanti, apa kata korang cuba satu resepi yang dikongsikan oleh Che Nom iaitu lontong dan kuah lodeh.

Mula-mula kita sediakan bahannya terlebih dahulu.

Bahan-Bahan:

  • 2 inci lengkuas, dititik
  • 2 batang serai, dititik
  • 500 gram udang
  • 1 kotak santan segera
  • ATAU santan dari 1/2 biji kelapa
  • 1 batang karot, potong panjang
  • 7-8 batang kacang panjang, potong
  • 1/2 biji sengkuang
  • 1 bungkus tempe, potong kiub
  • 3 ketul tauhu, potong kiub
  • 1 genggam suun
  • 3-4 keping fucuk, rendam lembut dan potong 1 inci panjang
  • sedikit kubis cincang (anggaran 1/4 bahagian)

Bahan untuk kisar halus

  • 1 biji bawang besar
  • 2 inci kunyit hidup
  • ATAU 2 sudu kecil kunyit serbuk
  • 1 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 sudu besar udang kering, rendam bersama air seketika

Bahan untuk dihidang bersama

  • nasi impit, rebus
  • telur, rebus
  • tempe, hiris nipis dan goreng garing (optional)
  • ikan bilis kecil, goreng (optional)

Bila bahan-bahan sudah tersedia, barulah kita boleh mula membuat lontong kuah lodeh. Berikut merupakan cara-cara membuatnya.

Cara-cara:

  1. Bersihkan udang, buang kepala dan kulit (jika suka).
  2. Panaskan 3 sudu besar minyak dan tumis bahan kisar halus sehingga kekuningan dan naik bau dan kemudian masukkan lenkuas dan serai yang dititik.
  3. Masukkan udang dan kacau seketika. Kemudian tuang santan cair dan masak hingga mendidih.
  4. Masukkan sayur karot, kacang panjang, sengkuang sehingga lembut.
  5. Masukkan pula tempe, tauhu, suun, fucuk dan kubis sehingga lembut.
  6. Setelah lembut masukkan pula santan pekat dan masak di atas api yang perlahan. Teruskan mengacau perlahan-lahan supaya santan tidak berketul. Tambahkan air yang secukupnya jika kuah terlalu pekat.
  7. Hidangkan bersama nasi impit, telur rebus, tempe goreng dan ikan bilis goreng.
  8. Sudukan sambal ikan bilis atau sambal sotong rendam untuk melengkapkan hidangan.

Sebagai tips, sekiranya korang inginkan rasa kuah lodeh yang lebih sedap, dicadangkan kepada korang untuk gunakan kunyit hidup sebagai bahan utama.

Kredit: Resepi Che Nom

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Makan

Ke Atas