Connect with us

Oh! Media

#JUADAH Tak Ada Oven Nak Buat Biskut Raya? Jom Cuba Resepi Mudah Ini

Oh! Makan

#JUADAH Tak Ada Oven Nak Buat Biskut Raya? Jom Cuba Resepi Mudah Ini

Berbeza dengan dua tahun sebelumnya, tahun ini umat Islam di Malaysia berpeluang untuk pulang ke kampung meraikan hari raya bersama keluarga tersayang.

ADVERTISEMENT

Mesti ramai yang dah tak sabar nak jumpa sanak saudara yang sekian lama tak bersua muka disebabkan pandemik. Dalam kemeriahan itu, memang tak lengkap kalau tak ada biskut raya kan?

Ha bagi korang yang masih mencari idea untuk buat biskut raya. Apa kata cuba perkongsian resepi oleh Tuan Muhammad Ali di laman Masak Apa Hari Ni (MAHN) ini. Resepi ini tak perlu guna oven pun!

Resepi tanpa oven

Biskut raya coklat by Mr. Ali. Satu adunan dapat lebih kurang 100 pcs cookies MINI paper cup. Depends pada saiz yang dibentuk.

Bahan-bahan

BAHAGIAN CHOCOLATE BALL

Butter : 200 gram

Serbuk koko : 120 gram

Susu Pekat : 100 gram

Biskut Marie : 300 gram.

BAHAGIAN COATING

Chocolate compund (Dark chocolate) : 200 gram.

Cara-cara

BAHAGIAN CHOCOLATE BALL

Cairkan butter. Api slow. Dah cair tutup api terus masukan bahan-bahan susu pekat dan serbuk koko. Panas-panas tu kacau sampai sebati. Microwave pun sama. Dah cair butter tu masukkan bahan lain tadi kacau sebati.

Hancurkan 300 gram biskut marie. Jangan pakai biskut lain nanti rasa kurang kick. Hancurkan dulu awal-awal sebelum step pertama tadi.

Masukkan biskut yang dihancurkan ke dalam adunan dan gaul sehingga sebati.

Bentukkan campuran tadi kepada bentuk bulat dengan menggunakan tangan. Setkan sejam dalam peti.

Lepas tu buat lubang di tengah-tengan biskut yang telah siap. Boleh guna apa-apa sahaja janji ada lubang kecil dekat tengah. Masukkan nutella ke dalam lubang yang dibuat dengan menggunakan piping bag.

Setkan ke dalam peti selama 10 minit-20 minit.

BAHAGIAN COATING

Cairkan 200 gram dark chocolate. Nak manis pakai milk chocolate.

Salutkan biskut tadi dengan dark chocolate tadi ke atas biskut dengan menggunakan sudu. Hias ikut kreativiti anda or boleh pakai chocolate flakes.

Biarkan coklat kering mengikut suhu bilik. Bila kita sentuh dia tak melekit. Biskut sudah sedia untuk dimakan dan boleh letak kat luar je.

Wah nampak sedap. Yang penting senang sangat! Selamat mencuba.

Kredit: Muhammad Ali via Masak Apa Hari Ni (MAHN)

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Makan

Ke Atas