Oh! Tidak
Penduduk Maluku Sambut Hari Raya Aidilfitri Semalam
Penduduk Maluku sambut Hari Raya Aidilfitri lebih awal dengan takbir berarak dan suasana penuh meriah.
Setiap tahun diorang ni mesti akan jadi yang terawal dan tahun ni lagi awal weh. Itulah yang berlaku di sebuah perkampungan di rantau Seram Bahagian Barat (SBB), wilayah Maluku yang sudah pun meraikan 1 Syawal lebih awal.
Lebih menarik, suasana sambutan mereka memang cukup meriah apabila penduduk kampung keluar beramai-ramai sambil bertakbir dan berarak mengelilingi kawasan. Memang lain macam vibe raya di sana!
Perarakan takbir jadi tradisi di Maluku
Di Desa Buano Utara, penduduk tempatan termasuk kanak-kanak dilihat berarak sambil membawa kayu yang dinyalakan api. Rakaman video yang dikongsi di Instagram jelas menunjukkan suasana penuh semangat dan kebersamaan.
Bukan sekadar berjalan biasa, mereka turut melaungkan takbir secara berjemaah sepanjang perarakan. Memang terasa aura Aidilfitri yang kuat walaupun cara sambutan agak berbeza. Penduduk Maluku memulkan takbir ini pada Selasa dan solat aidilfitri pada pagi Rabu.
Solat raya disertai ratusan jemaah
Selain perarakan, penduduk juga tidak melepaskan peluang untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri secara berjemaah. Difahamkan, lebih 350 jemaah hadir memenuhi Masjid Sementara Al-Anmabua seawal pagi.
Solat tersebut bermula sekitar jam 6.20 pagi waktu tempatan dan suasana masjid dilaporkan dipenuhi dengan kehadiran warga setempat.
Apa yang berlaku ini menunjukkan setiap tempat ada cara tersendiri dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri. Walaupun berbeza dari segi tarikh dan tradisi, semangatnya tetap sama iaitu meraikan kemenangan selepas sebulan berpuasa.
Bagi korang yang suka explore budaya, ini antara contoh menarik bagaimana Islam diraikan dengan penuh warna-warni di tempat lain.
Pssttt! Apa pun cara sambutan, yang penting kita kekalkan makna sebenar Hari Raya Aidilfitri iaitu kesyukuran dan kebersamaan. Jangan lupa hargai momen dengan keluarga, sebab itulah yang paling bernilai sebenarnya.
Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM