Connect with us

Oh! Media

#JUADAH Ini Resepi Mudah Buat Lemang Tanpa Buluh, Sedap Macam Ori!

2 20230419 124317 0001

Oh! Makan

#JUADAH Ini Resepi Mudah Buat Lemang Tanpa Buluh, Sedap Macam Ori!

Lemang merupakan makanan yang menjadi rebutan ramai ketika musim perayaan Aidilfitri. Rasa lemak pulut dan santan membuatkan ia sesuai dimakan bersama rendang dan serunding.

BACA: #JUADAH Resepi Ketupat Palas Paling Sedap, Beginner Pun Boleh Buat

Tapi, harga lemang pun sekarang makin melambung bukan? Jom, kita buat sendiri tanpa guna buluh. Oh! Media janji rasa dia sama sahaja macam yang ori!

IKLAN

Resepi lemang tanpa buluh

Lemang

Bahan-bahan:

  1. Beras pulut
  2. Santan
  3. Garam
  4. Daun pisang pucuk muda dan tua

Cara membuat:

  1. Tanak pulut bersama santan asli dan sedikit garam.
  2. Tutup api apabila santan sudah kering dan pastikan pulut separuh masak.
  3. Letakkan pulut atas daun pisang.
  4. Balut pulut dengan pucuk muda dahulu dalam keadaan daun melintang.
  5. Di bahagian luar balut macam biasa seperti kuih lopeh.
  6. Kukus selama 30 hingga 40 minit.
  7. Bila sudah masak, bakar sebentar sehingga garing bahagian luar daun.
  8. Kemudian buang daun balut bahagian luar & tinggalkan bahagian daun muda.
  9. Potong seperti lemang biasa.

Mudah je kan? Selamat mencuba!

Kredit: Vitdaily

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Mini Zamri
Mini, bukan seorang doktor, tetapi seorang penulis beretika di Oh! Media yang komited mencari dan menyampaikan maklumat serta info yang sahih dan tepat. Tiada yang lebih utama baginya selain memastikan kebenaran disampaikan dengan sebaik-baiknya.

Lagi dalam kategori Oh! Makan

Oh! Podcast

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25

OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM

Oh! Botcast

Dengarkan 5 berita paling popular sepanjang minggu ini melalui Botcast bersama AIsyah dan AIzat. Enjoice!


Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas