Connect with us

Oh! Media

#JUADAH Ini Resepi Mudah Ayam Percik Sedap, Tak Perlu Beli Di Bazar

Ayam Percik Che Nom

Oh! Makan

#JUADAH Ini Resepi Mudah Ayam Percik Sedap, Tak Perlu Beli Di Bazar

Bila sebut tentang Ramadhan mesti kita teringat ayam percik di bazar. Psst, apa kata kita masak ayam percik untuk berbuka?

BACA: #JUADAH Resepi Ketupat Palas Paling Sedap, Beginner Pun Boleh Buat

Mudah sahaja untuk buat ayam percik, tak perlu dah beli di bazar. Jom Ohmedia kongsikan resepi!

IKLAN

Resepi ayam percik

Ayam percik

Bahan-bahan:

1 ekor ayam, dipotong 4

Bahan untuk kisar halus (perapan):

  1. 6 ulas bawang merah
  2. 1 batang serai
  3. 4 ulas bawang putih
  4. 1 sudu kecil garam
  5. 2 cm halia

Bahan untuk kuah percik:

  1. 3 cawan santan pekat
  2. 1 batang serai
  3. 2 cm halia
  4. 4-5 tangkai cili kering
  5. 8-10 ulas bawang merah
  6. garam secukup rasa
  7. gula secukup rasa
  8. sedikit asam jawa

Cara-cara menyediakan ayam:

  1. Perap ayam yang sudah dibersihkan dengan bahan kisar halus selama minimum 1 jam setengah. Lagi lama diperap lagi sedap.
  2. Celup ayam di dalam kuah percik dan panggang sehingga masak. Celupkan dengan kuah lagi sekali sebelum dihidang.

Cara-cara untuk kuah:

  1. Kisar serai, halia, cili kering dan bawang merah. Campurkan bersama santan di dalam periuk dan masak di atas api yang sederhana. Teruskan mengacau supaya kuah tidak cepat berketul dan pecah minyak. Perasakan dengan asam jawa garam dan gula.
  2. Masak sehingga kuah menjadi pekat.

Tips:

Kuah lagi sedap jika rasa sedikit manis. Lebihkan gula di dalam kuah percik.

Mudahkan? Selamat mencuba!

Kredit: Resepi Che Nom

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Shazwani Athira
Shazwani, bekas pelajar internship di Oh! Media dan pernah berkhidmat sebagai penulis separuh masa yang fokus pada isu-isu trending dan topik hangat, memastikan pembaca sentiasa mendapat berita yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Makan

Oh! Botcast

Dengarkan 5 berita paling popular sepanjang minggu ini melalui Botcast bersama AIsyah dan AIzat. Enjoice!


Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas