
Trending
Warga Emas Boleh Kirim Sahaja Jika Ingin Ke Bazaar Ramadhan
Oleh
Ramadhan kembali lagi dan ini tandanya bazaar Ramadhan juga bakal kembali!
Seperti yang kita sedia maklum, golongan warga emas adalah antara golongan yang sangat mudah untuk terkena jangkitan wabak, jadi dengan ini dinasihat agar warga emas supaya mengirim sahaja makanan kepada golongan dewasa atau kepada mereka yang lebih muda jika berhasrat ingin membeli makanan di bazar Ramadan.
Malah, Pakar Kesihatan Awam Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM, Prof Madya Dr Malina Osman juga meminta agar semua pihak mengambil langkah berjaga-jaga dalam menjaga prosedur operasi standard (SOP).
Saya jangka, untuk tempoh beberapa minggu ini, kes sama ada akan meningkat sedikit atau terus mendatar. Sejak tiga minggu lepas, kita lihat statistik mendatar, dan naik sedikit sejak dua hari lepas
Tetapi, dengan kedatangan Ramadan ini, saya jangka kes mendatar. Sebab, kurang aktiviti makan minum di luar, ataupun melibatkan perkumpulan sosial secara beramai-ramai.
Namun, bazar Ramadan dan solat tarawih tidak begitu menyumbang kepada potensi kenaikan kes seperti yang kita saksikan sebelum ini.
(Ia berbanding) pola tingkah laku yang terlibat di majlis keramaian, yang banyak menyumbang kepada kes-kes baru, dan mereka yang di tempat kerja.
Jadi kalau kita telah kurangkan aktiviti makan minum, secara umum, kurang aktiviti bersama, kurang interaksi dan kes juga saya jangka tidak begitu meningkat. – Katanya kepada wartawan Awani.
Kredit: Astro Awani
