Connect with us

Oh! Media

Umat Islam Perlu Hati-Hati Pilih Bufet Ramadhan, Hanya 31 Hotel Ada Sijil Halal Di Selangor

sijil halal

Trending

Umat Islam Perlu Hati-Hati Pilih Bufet Ramadhan, Hanya 31 Hotel Ada Sijil Halal Di Selangor

Bulan Ramadhan hampir tiba, sudah semestinya akan ada banyak hotel di Malaysia buat promosi bufet Ramadhan nanti kan? Tapi, korang tahu tak sebenarnya banyak hotel di Selangor yang belum memiliki sijil halal dan hanya 31 hotel je yang dah dapat Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

ADVERTISEMENT

BACA: Ramadhan Hampir Tiba, Ini Gaya Tudung Kemas Dan Menarik, Guna Satu Pin Je!

Menerusi laporan Awani, Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pengguna dan Industri Halal negeri, Mohd Zawawi Ahmad Mughni mengesahkan hanya 31 hotel saja yang memiliki sijil halal di Selangor.

Beliau juga mengingatkan untuk mana-mana hotel yang belum memiliki pensijilan halal tidak menggnakan istilah bufet Ramadhan untuk menarik minat pelanggan.

sijil halal

Di bawah Perintah Perihal Dagangan (takrif halal) 2011, istilah bufet Ramadan merupakan antara istilah yang membawa maksud halal dan tidak boleh sewenang-wenangnya digunakan kerana ianya menjadi satu bentuk perihal dagangan.

Penggunaan istilah bufet Ramadan dalam kalangan bukan pemegang SPHM merupakan isu pelanggaran undang-undang yang boleh membawa kepada tindakan penguatkuasaan.

Jadi, mana-mana peniaga atau pengusaha hotel industri makanan yang memerlukan SPHM perlulah membuat permohonan dengan segera bagi membolehkan promosi bufet Ramadhan dijalankan sepanjang bulan Ramadhan.

Masyarakat juga perlu mengambil berat, lebih-lebih lagi umat Islam, agar mengutamakan hotel yang memiliki SPHM yang sah untuk menjamu selera.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas