Oh! Arena
SRG.OG Kecundang 1-4, Gagal Pertahan Kejuaraan MSC 2025
Selangor Red Giants, SRG.OG tewas kepada Team Liquid PH 1-4 di final MSC 2025.
Hasrat Selangor Red Giants (SRG.OG) untuk menjulang trofi Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) Piala Pertengahan Musim (MSC) 2025 buat kali kedua berturut-turut akhirnya lebur di tangan pasukan Filipina, Team Liquid PH (TLPH).
Pasukan Malaysia itu terpaksa akur dengan kekalahan 1-4 dalam aksi grand final, sekaligus memberi laluan kepada TLPH untuk muncul juara baharu kejohanan prestij Asia Tenggara itu.
Aksi pembukaan SRG.OG penuh yakin…
SRG.OG yang dibarisi pemain terbaik seperti Kramm, Yums, Sekys, Stormie dan Innocent membuka tirai dengan cukup meyakinkan. Perlawanan pertama hanya mengambil masa 16 minit untuk mereka mendapatkan kemenangan pertama, menunjukkan potensi sebenar juara bertahan itu.
Namun, semuanya berubah sebaik memasuki perlawanan kedua. TLPH mula memperkemas gerakan dan menunjukkan permainan yang lebih kemas dan agresif.
Walaupun tewas, SRG.OG tetap bawa pulang RM2.1 juta….
Mereka berjaya mencuri kelebihan 12.1 ribu gold dan menjatuhkan Crystal SRG.OG dalam masa 19 minit bagi menyamakan kedudukan 1-1.
SRG.OG cuba bangkit dalam perlawanan ketiga dan mula menyusun strategi untuk mengutip kemenangan kedua. Malangnya, kesilapan kecil ketika melancarkan serangan di pertengahan permainan memakan diri apabila TLPH tidak menunggu lama untuk melancarkan serangan balas dan terus mendahului 2-1.
Pssttt! Kadang-kadang dalam apa saja pertandingan, semangat dan perancangan rapi pun boleh tumpas kalau buat satu kesilapan kecil. Apapun, tahniah SRG.OG sebab terus berjuang habis-habisan dan harumkan nama negara, korang terbaik!
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

