Connect with us

Oh! Media

Gila Gempak Mister Potato Collab Dengan Mobile Legends. Alami Rasa Legendary Dengan 2 Flavor Edisi Terhad!

Branded

Gila Gempak Mister Potato Collab Dengan Mobile Legends. Alami Rasa Legendary Dengan 2 Flavor Edisi Terhad!

Korang tau tak, yang Mister Potato ada buat kolaborasi dengan game Mobile Legends: Bang-Bang Professional League (MPL) Malaysia, Season 12 bagi tahun 2023? 

Ini sesuatu yang luar biasa!!

Macam yang kita semua tau, untuk gamers ni kan, kalau time tengah battle Mobile Legends (ML) mesti ada benda nak kunyah-kunyah untuk kekal fokus. Tapi… Takkan nak makan nasi pula kan? Pilihan terbaik semestinya snacking. Mudah dan tak ganggu battle kat medan perang!

Nak tau snacking terbaik untuk teman korang dan sedap? Inilah masanya untuk Alami Rasa Legendary dengan Mister Potato!

Mister Potato Tawar 2 Rasa Istimewa Edisi Terhad 

Kolaborasi kali ni bukan biasa-biasa tau, sebab Mister Potato turut menawarkan 2 rasa istimewa edisi terhad iaitu Mister Potato Syok Wave Sotong Pedas yang mempunyai rasa padu sotong yang pedas dan manis SERTA Mister Potato Krim Masam & Bawang  dengan rasa masam berperisa yang enak.

Konfem punya lah. Korang start je makan Mister Potato ni, memang susah nak berhenti. Tau-tau je, aik dah habis!

Bukan rasa je best, malah packaging untuk kali ni pun gempak macam game Mobile Legends juga. Sempena kolaborasi ni, Mister Potato ada keluarkan juga packaging istimewa edisi terhad iaitu karakter Beatrik untuk perisa Sotong pedas dan Lancelot bagi perisa Krim Masam & Bawang. Memang legend ah!

Mister Potato Tawar Hadiah Sehingga RM60K Serta MLBB Diamonds. Wow!!

A advertisement for a cell phone

Description automatically generated

Tunggu dulu, bukan itu saja. Kalau korang beli produk Mister Potato, korang boleh join peraduan Beli & Menang. Di mana korang boleh menang hadiah legend seperti iPhone 14 Pro, Secretlab Kerusi Gaming, Speaker Marshall, iPad, MLBB Diamonds, MLBB Epic Skin dan wang tunai.

Cara join pun senang je:

Langkah 1: Beli produk Mister Potato

Langkah 2: Hantar resit ke Whatsapp Mister Potato (scan QR)

Langkah 3: Tunggu pengumuman pemenang. Hadiah bernilai sehingga RM60,000 menanti!

Peraduan telah pun bermula sejak 14 Ogos dan akan berakhir 30 Oktober 2023.

Jangan lepaskan peluang ni guys!!

Dah ready nak battle MLBB? Jangan lupa Mister Potato!

Haaa.. Sambil-sambil layan battle tu jangan lupa restock Mister Potato korang buat teman di medan perang. Paling penting jangan lupa cuba 2 perisa edisi terhad Sotong Pedas dan Krim Masam & Bawang.

Korang boleh dapatkan Mister Potato di pasaraya berhampiran atau nak mudah korang order je dekat Shopee.

Jom jadi legendary dengan Mister Potato. Maklumat lanjut layari Facebook dan Instagram Mister Potato Malaysia.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas