Connect with us

Oh! Media

Galak Pemain Esport Bayar Cukai Selepas Ada Kes Pemain Diisytihar Muflis

Trending

Galak Pemain Esport Bayar Cukai Selepas Ada Kes Pemain Diisytihar Muflis

Topik yang agak menarik perhatian semua pemain e-sport hari ini adalah apabila Persatuan Sukan Elektronik Kuala Lumpur (ESKL) bercadang untuk mengadakan kempen kesedaran untuk menggalakkan atlet esport untuk membayar cukai.

ADVERTISEMENT

Perkara ini dilihat patut dilakukan oleh Presiden ESKL, Hisham Darus bagi mengelakkan pemain esport didenda atau dikenakan sekatan perjalanan ke luar negara.

Jadi bermula 2021, ESKL akan menjalankan kejohanan serta aktiviti bersekali dengan kempen kesedaran membayar cukai dalam kalangan penggiat e-sukan untuk memberitahu atlet bahawa wang kemenangan yang diperoleh itu bukan milik mutlak mereka.

Sebahagian daripada wang kemenangan perlu diserahkan kepada negara untuk kemajuan negara khususnya bagi menampung pembangunan e-sukan. – Katanya.

Persoalannya, berapa nilai minimum kemenangan yang akan diperlukan untuk membayar cukai? Adakah bayaran ini turut melibatkan pemain yang baru meningkat naik?

Apapun, Hisham turut menganggarkan kutipan sehingga RM100 juta akan dimiliki kerajaan sekiranya atlet membayar cukai.

Sebelum itu, kita perlu faham bahawa beberapa pemain esport dilaporkan telah mula dipanggil Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk meminta mereka melunaskan bayaran cukai dan ada segelintir kes mereka telah dibawa ke mahkamah serta ada juga yang diisytihar muflis.

Saya difahamkan setakat ini ada 29 sukan didaftarkan untuk pengecualian cukai ke atas olahragawan dan olahragawati. Saya harap e-sukan dapat dipertimbang untuk diletakkan dalam Jadual 1 itu. – Katanya lagi.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas