Connect with us

Oh! Media

Cyberpunk 2077 Ditunda Lagi! Tapi, ‘Unboxing’ PlayStation 5 Dari MKBHD Ini Lebih Mengejutkan!

Oh! Tech

Cyberpunk 2077 Ditunda Lagi! Tapi, ‘Unboxing’ PlayStation 5 Dari MKBHD Ini Lebih Mengejutkan!

Mesti ramai yang dah tak sabar menunggu Sony PlayStation 5 (PS5) masuk pasaran kita di Malaysia ni kan? Kemungkinan PS5 akan mula dijual di Malaysia pada 19 November 2020 ini selepas beberapa negara seperti Amerika, Jepun, Canada, Mexico, Australia, New Zealand, dan Korea Selatan pada 12 November 2020.

Didatangkan dengan dua edisi pilihan iaitu edisi biasa dan edisi digital (lebih murah) bagi pemain yang lebih gemar muat-turun game mereka melalui ‘cloud‘ terus ke dalam PS5. Untuk Ohmedia, kami lebih prefer PS5 yang boleh masuk disc! Maklumlah pengalaman menyusun pelbagai jenis game di atas rak, tentulah lebih menyeronokkan!

Mengenai harganya pula, untuk edisi premium bakal dijual dengan harga sekitar RM2,199 manakala edisi digital pula berharga sekitar RM1,799. Ini bukanlah harga rasmi lagi kerana Sony Malaysia masih belum umumkan tapi jangan risau sebab harganya nanti berada dalam lingkungan tersebut sahaja.

ADVERTISEMENT

Fuh, memang excited betul!

Nasib baiklah Tech Youtuber popular macam MKBHD ni sentiasa dapat pelbagai gajet lebih awal dari tarikh jualan jadi sedikit sebanyak bolehlah kita semua pun menumpang mengetahui lebih awal sisi pandangan seorang pengguna sendiri selain dari apa yang hanya Sony mahu kita lihat dan tahu selama ni.

MKBHD baru sahaja memuat-naik video nyahkotak untuk PlayStation 5 sebentar tadi yang mana korang boleh tonton di Youtube ataupun video yang telah Ohmedia ’embed’ kat atas tu. Bayangkan hanya beberapa jam sahaja, video ini telahpun menerima jutaan tontonan! Wow!

Mengulas dari video pengalaman nyahkotak tersebut, perkara yang mengejutkan Ohmedia sendiri tentunya tentang saiz PS5 ini yang kalau kita nak bandingkan dengan PS4 Pro (yang dah memang cukup besar tu), tetap lagi PS5 ni nampak jauh lebih besar.

Saiz fizikal PS5 yang lebih besar dari konsol keluaran Sony sebelum ini memang dah dimaklumkan Sony tetapi inilah kali pertama kita boleh lihat sendiri saiz PS5 ni bila dibandingkan dengan konsol lain secara bersebelahan.

Sumber: @MKBHD

Lihat gambar kat atas tu bagaimana PlayStation 5 (kiri) dibandingkan dengan Playstation 4 Pro (kanan). Jelas yang PS5 kelihatan jauh lebih tinggi dan lebar serta lebih berat. Tak tahulah apa rupanya nanti bila diletakkan sebelah TV kat rumah kan? Tentunya lebih banyak ruang yang akan digunapakai tapi dalam masa yang sama, tentulah nampak lebih ‘gah’ berbanding pesaingnya juga.

Kita pun mesti dah sedia maklum saiz fizikal PS5 yang besar ini digunakan oleh Sony untuk memuatkan pelbagai fungsi yang canggih antaranya grafik PS5 yang jauh lebih awesome berbanding PS4 Pro, ruang storan sehingga 825GB (hampir 1TB tu!), serta sokongan resolusi 8K, 4K 120 FPS, dan HDR.

Namun harus diingat bagi menggunakan sepenuhnya fungsi 8K tu nanti, korang perlukan TV ber’resolusi 8K juga (harga sakit jiwa). Jangan expect kalau korang ada PS5 tapi main di TV HD sahaja tapi nak grafik yang super jelas secara tiba-tiba pulak ye? Haha.

Berbicara soal ‘attention to detail’ yang disempurnakan Sony pada PS5 ni juga bukan kaleng-kaleng gais! Bayangkanlah, tekstur kasar caca-marba yang biasa kita lihat pada keluaran PlayStation terdahulu telah digantikan dengan tekstur yang dipenuhi dengan ribuan logo-logo PlayStation yang kita familiar selama ni seperti X, Bulat, Segi Empat, dan Segi Tiga. Ini bukan sahaja dapat dilihat pada bahagian rekaan konsol PS5 ini tapi juga pada sisi rekaan DualSense (controller).

Nanti bila korang dah ada PS5, jangan lupa belek kaw-kaw dan kalau perlu, ambil kanta pembesar dan tepersona’lah sendiri! Apapun ianya tetap akan memberikan kesan ‘grip’ seperti keluaran terdahulu malah lebih baik lagi.

Selain dari sebuah konsol PS5, dalam kotak tu juga turut ada satu ‘stand’ rekaan khas yang wajib ada jika korang bercadangan untuk meletakkan PS5 ni nanti secara mendatar. Kalau menegak, tiada ‘stand’ yang diperlukan. Selain itu, kita akan dapat satu DualSense Controller dan kabel biasa yang lainnya sama seperti di PS4 Pro.

Apa yang pasti, PlayStation 5 ini nanti pastinya akan mencakupi keperluan hiburan digital kita di rumah mengikut perkembangan semasa pada hari ini dan mungkin juga masa hadapan. Lihatlah bagaimana konsol seperti PlayStation ini telah ber’evolusi daripada dulunya sekadar sebuah konsol permainan digital, kini menjadi AIO untuk semua nafsu hiburan digital kita di rumah.

Lihat sahajalah alat kawalan jauh untuk PlayStation 5 di bawah ini. Awesome gila kot kan?!! Fuh..

Dalam perkembangan lain, saingan hebat kepada PS5 iaitu Xbox Series-X juga akan dilancarkan pada 10 November 2020 nanti dengan anggaran harga permulaan yang sama dengan PS5. Bagaimanapun, untuk pasaran Xbox di Malaysia ni tersangatlah kecil malah Xbox tak pernah masuk secara rasmi di Malaysia pun, jadi Ohmedia tak mahu mengulas lanjut.

Apapun, lepas korang dah tengok sendiri video MKBHD tentang PlayStation 5 dari pandangan seorang pengguna, adakah Sony Playstation 5 ini masih dapat menepati keinginan korang yang dah lama nak memiliki sejenis router konsol permainan terbaru dari Sony ni?

Secara peribadi, Ohmedia sendiri tentulah sangat tak sabar untuk meletakkan PS5 ni nanti disebelah TV. Mesti rasa dunia ni macam ana yang punya. Kalau berkesempatan nanti, mungkin kami akan bawa masuk lebih awal semata-mata nak berkongsi lebih dekat lagi dengan korang semua pengikut Oh! Media kat luar sana.

Stay tuned okay?!

Psst! Semalam juga kita dikejutkan dengan penangguhan kali ke-3 untuk game yang sangat dinantikan ramai sejak 4 tahun lepas lagi iaitu Cyberpunk 2077.

Penangguhan disaat-saat akhir selama 21 hari ini tentulah mengecewakan banyak pihak terutamanya PC Gamers tapi untuk Ohmedia, tak apalah kerana ini salah satu game yang paling tak sabar kami nak mainkan di PS5 bila mula dijual nanti tanpa ada sebarang masalah.

Kredit gambar & video: Youtube @MKBHD
Psst! Jangan lupa untuk beli PS5 dari OMG ESPORT nanti.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas