Connect with us

Oh! Media

Aktiviti Tidak Bermoral Melibatkan Pemain E-sport, Yana Samsudin Buat Laporan Polis

Oh! Artis

Aktiviti Tidak Bermoral Melibatkan Pemain E-sport, Yana Samsudin Buat Laporan Polis

Pelakon tanah air, Yana Samsudin menzahirkan rasa jijiknya terhadap perilaku seorang pemain e-sport atau streamer yang baru-baru ini tersebar sebuah video memaparkan individu tersebut melakukan gangguan seksual secara lisan terhadap kanak-kanak berusia 13 tahun.

ADVERTISEMENT

Bertindak dengan perkara itu, Yana Samsudin atau nama sebenarnya Norliana Samsudin, 36, menerusi hantaran di laman Instagramnya telah membuat laporan di Ibu Pejabat Daerah Polis Shah Alam, Selangor, bagi memastikan tiada lagi kanak-kanak atau wanita menjadi mangsa terhadap gangguan tidak bermoral itu.

Yana Samsudin yang dalam persiapan bersama pasukan YSX E-sport bagi kejohanan PMNC (PUBGM National Championship) yang akan berlangsung hari ini mengakui terkejut dengan rakaman video yang tular itu.

Saya membuat laporan polis selepas menonton sendiri rakaman video yang sudah disunting seseorang membabitkan seorang kanak-kanak wanita. Perkara itu asalnya dimaklumkan oleh beberapa streamer lain.

Perbuatan individu itu terlalu keterlaluan apabila bercakap perkara berbaur lucah dalam live streaming kepada budak bawah umur.

Perkataan double meaning yang digunakan terhadap kanak-kanak tersebut amatlah menjijikkan sehingga mengundang kemarahan streamer lain.

Menurut laporan Kosmo, selepas menonton beberapa rakaman video melibatkan streamer yang sama, Yana dan suami telah berbincang terlebih dahulu sebelum mendapatkan pandangan peguam yang menasihatinya supaya membuat laporan atas kapasiti orang awam.

Yana Samsudin yang kini menjadi seorang streamer menyelar perbuatan lelaki berusia 20-an itu yang turut memalukan streamer Malaysia dan sepatutnya dia mengikuti garis panduan dalam permainan atas talian.

Streamer pun perlu menjaga kelakuan dan adab ketika live. Kita perlu tahu batas dan tidak perlu berbuat demikian bagi memperoleh pengikut.

Saya yang sudah terbabit dalam dunia gaming ini terkesan melihat ada golongan yang berani mencarut dan berkomunikasi secara seksual terhadap kanak-kanak. Ia jelas salah dari segi undang-undang.

Facebook Gaming mempunyai garis panduan yang perlu kita ikuti. Saya harap semua streamer Malaysia tidak melanggar etika.

Yana juga menasihati orang ramai yang bergelar streamer agar tidak melakukan perbuatan jenayah dalam talian dan mengharapkan perbuatan individu tersebut mampu menjadi pengajaran kepada kita semua agar perkara tersebut tidak berulang lagi.

Kredit: Kosmo! I yanasamsudinx

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas