Connect with us

Oh! Media

Akhirnya Isu Visa Ke India Selesai, Marc Marquez Bakal Beraksi Dalam GP Pertama India

Ohmedia  Marc Marquez

Oh! Arena

Akhirnya Isu Visa Ke India Selesai, Marc Marquez Bakal Beraksi Dalam GP Pertama India

Moto Grand Prix India 2023 bakal berlangsung pada hujung minggu ini di Litar Antarabangsa Buddh namun situasi semasa menimbulkan kebimbangan.

Masalah yang timbul sehingga merisaukan pihak tertentu iaitu trek yang baru diturap balik itu masih belum menjalani proses homologasi.

Menurut Pelumba Aprilia, Aleix Espargaro menyatakan bahawa pelumba MotoGP sudah sepakat berhubung isu keselamatan trek dan masing-masing akan membuat pemeriksaan sendiri Khamis ini sebelum membuat undian sama ada mahu berlumba atau tidak.

IKLAN

Malah, kebanyakan kru paddock sepatutnya berlepas ke India pada 19 September 2023 tetapi ramai gagal dan diusir dari penerbangan kerana gagal memperoleh Visa.

Screenshot 943

Antaranya, keseluruhan skuad Factory Honda, pelumba mereka termasuk juara dunia lapan kali, Marc Marquez.

Penerbangan tergendala disebabkan ketiadaan visa untuk ke India, jadi kitaorang pun nak kayuh kejap.

Marc Marquez turut berkata dia  berharap dapat menaiki penerbangan ke India hari ini, itupun jika beliau dapat visa yang diperlukan. Terbaharu, Marquez dilaporkan sudah menerima visanya.

Tambahan, pasukan lain seperti Ducati dan Aprilia sudah selamat berada di India tetapi ada pasukan lain masih tersangkut susulan isu visa.

Dalam pada itu, kemelut visa itu menyebabkan kekeliruan dan bermulanya acara tunding jari terhadap pebagai agensi yang bertanggungjawab membuat persiapan yang diperlukan. Ini termasuk pihak Eropah dan India.

Germany motorcycling grand prix 1624198315

Honda juga terpaksa membatalkan satu lawatan bersama pelumba mereka ke kilang di India hari ini disebabkan kemelut tersebut.

Sejumlah media antarabangsa juga terlepas penerbangan disebabkan mereka juga gagal mendapatkan visa ke India.

Kredit: Autosport


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nini Hashim
Nini Hashim, bekas penulis separuh masa di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu trending dan hiburan, menjadikan setiap penulisannya segar dan menghiburkan pembaca.
  • Ohmedia  Marc Marquez
  • Screenshot 943
  • Download 26
  • Germany motorcycling grand prix 1624198315
  • Ohmedia  Marc Marquez
  • Screenshot 943
  • Download 26
  • Germany motorcycling grand prix 1624198315

Lagi dalam kategori Oh! Arena

Oh! Botcast

Dengarkan 5 berita paling popular sepanjang minggu ini melalui Botcast bersama AIsyah dan AIzat. Enjoice!


Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas