Connect with us

Oh! Media

Ini 10 Sebab PENTINGNYA Penggunaan Losen. Barulah Boleh Dapat Kulit Sihat & Lembut Yang Diidamkan!

Branded

Ini 10 Sebab PENTINGNYA Penggunaan Losen. Barulah Boleh Dapat Kulit Sihat & Lembut Yang Diidamkan!

Kulit yang baik pada kami ialah kulit yang sihat dan terasa lembut apabila disentuh!

Tidak dinafikan, bukan semua orang memiliki kulit yang baik sejak dari kecil. Tetapi, jika ada usaha dan kesungguhan, pasti akan nampak hasilnya! 

Salah satunya adalah dengan penggunaan losen. Hmm, tapi kami lihat sekarang ni tak semua orang yang rajin untuk gunakan losen. Betul tak?

But no worry guys, hari ini, kami nak share 10 sebab kenapa korang kat luar sana terutamanya para gadis perlu menggunakan losen. Barulah kulit lebih sihat dan cantik!

1. Memastikan Kulit Sentiasa Awet Muda

Kulit wanita yang menggunakan losen pasti lebih baik berbanding dengan wanita yang tidak menggunakan losen. Ini kerana, kulit menyerap nutrien daripada losen dan dapat mengurangkan tanda-tanda penuaan.

2. Kulit Kekal Anjal

Dengan losen, kulit korang akan sentiasa terasa lembut dan anjal! Kalau korang nak tau, penggunaan losen bagi wanita  yang mempunyai kulit kering dan kasar sangat digalakan agar kulit kembali lembut dan gebu. 

3. Membantu Menenangkan Kulit 

Penggunaan losen badan bukan sahaja melegakan kulit rengsa, bahkan ia dapat membantu untuk menyembuhkan serta melembapkan kulit yang terlalu kering. 

4. Melindungi Kulit Anda

Kalau anda nak tahu, nutrien dalam losen badan sangat bagus dalam melindungi kulit dan bertindak menguatkan penghalang kulit. Losen badan juga mampu mengekalkan keseimbangan mikrobiom supaya kulit kekal sihat.

5. Mengubah Mood Anda

Jangan terkejut kalau losen badan pun dapat merubah mood wanita kat luar sana! Jika losen badan yang digunakan itu berbau wangi, ia bukan sahaja dapat meningkatkan mood , malah korang pun rasa relaks dan tenang je!

6. Memastikan Kulit Sentiasa Terjaga

Bila dah berada di luar seharian, mesti terasa nak ada ‘Me Time’ untuk manjakan kulit korang kan? Cuba lakukan sedikit urutan sewaktu memakai losen agar nutrien daripada losen badan korang cepat meresap. Sambil tu boleh lah rehatkan badan korang yang dah bekerja seharian!

7. Penghidratan

Sebenarnya, tabiat kerap bercukur dan mandi air panas pun adalah punca seseorang  kehilangan sejumlah kelembapan kulit yang betul! Jadi, gunakan losen badan untuk melembapkan kulit yang kering.

8. Melembapkan Kulit

Seperti badan kita, kulit juga memerlukan lembapan untuk kekal sihat. Sapukan losen badan setiap hari untuk mendapatkan kelembapan dan nutrisi yang diperlukan kulit korang.

9. Sayangi Badan Dan Kulit Anda

Korang tahu tak, kulit merupakan organ terbesar yang berada pada tubuh manusia? Haa, kalau macam tu, korang kena sentiasa menjaga  kulit korang dengan baik! Salah satu cara untuk memanjakan kulit adalah dengan menggunakan losen.

10. Kulit Sihat Kunci Kebahagiaan

Memang terpaksa diakui, bila terdapat masalah pada kulit mesti rasa menyusahkan! Namun, semua itu boleh dielak jika korang sentiasa mengamalkan penggunaan losen. Bila kulit  sihat, hati pun senang!

Memperkenalkan NIVEA  Intensive Moisture Body Milk

Bila bercakap mengenai losen, cara untuk memilih losen yang bagus  sangat penting. Haa, Ohmedia mengesyorkan korang untuk menggunakan losen yang boleh meningkatkan nutrisi kulit iaitu NIVEA Intensive Moisture Body Milk!

Losen daripada NIVEA ini mengandungi 10 avokado kebaikan yang membantu untuk melembapkan, menyuburkan, melembutkan, melicinkan, menentang pengoksidaan, menghaluskan, menggebukan dan meremajakan kulit.

Yang paling penting, ia boleh melembapkan kulit secara mendalam dan menyihatkan kulit dengan nutrien yang diperlukan pada kulit setiap wanita. Barulah cun!

Tekstur Yang Ringan Dan Lembut Sesuai Pada Kulit Kering

NIVEA Intensive Moisture Body Milk memiliki tekstur yang sangat halus, licin dan sangat selesa untuk disapu pada kulit badan. Lagi bagus, sambil sapu losen ni korang boleh massage kulit badan korang untuk lebih serapan! Paling penting, langsung tak melekit!

Bila dah guna losen dari NIVEA ni, mesti korang akan jatuh cinta bila lihat kulit badan korang nampak glow dan sihat!

Psst..psst.. Korang yang mempunyai masalah kulit kering, korang WAJIB cuba produk ini. Kami nak share yang kami pun menggunakan produk ini pada kulit kaki yang kering. Memang terbukti, selepas saja sekali penggunaan kami dapat rasa kulit kaki terasa semakin lembut apabila disentuh. 

Selain dari kulit kaki yang kering, kami juga  sapukan losen badan NIVEA ni pada seluruh badan selepas mandi. Untuk kesan kelembapan berpanjangankami akan reapply kembali losen ini pada mana-mana bahagian yang terlalu kering supaya sentiasa lembap! Kulit rasa best sangat!

Buat para wanita di luar sana, selain pembelian di kedai fizikal Watsons, korang juga boleh dapatkan di NIVEA official Shopee dan Lazada!

Jangan lupa, gunakan losen setiap hari untuk mendapatkan kulit yang licin dan gebu!

Untuk maklumat lanjut, korang boleh  ikuti akaun Facebook, Instagram serta  NIVEA Malaysia

Lagi dalam kategori Branded

30 Hari Paling Trending

Ke Atas