
Branded
Telefon ‘Paling Kebal’ Malaysia? HONOR X9d Dengan Teknologi Anti-Drop 6 Lapisan!
Bermula dengan HONOR X9b, siri X dari HONOR jadi pilihan nombor 1 rakyat Malaysia untuk telefon pintar kelas pertengahan selama dua tahun berturut-turut.
Tak hairanlah siri HONOR X digelar “Telefon Pintar Pilihan Utama Malaysia”.
Rangka Penyerapan Hentakan 6-Lapisan Berinspirasi Kalasnikov

HONOR sekali lagi jadi peneraju dengan memperkenalkan HONOR Ultra-Bounce Anti-Drop Technology 3.0 bersama rangka penyerapan hentakan berinspirasi kalis peluru.
Teknologi ini menampilkan reka bentuk 6 lapisan tahan hentakan pertama dalam industri, digabungkan dengan tempered glass ultra-deep, menjadikan ketahanan impak meningkat sehingga 112%.
Peranti ini juga dilengkapi tempered glass ultra-deep baru yang diperkuat dengan Corning® Gorilla® Glass Victus® 2, mencapai tahap tempering 31% lebih dalam untuk kekuatan tambahan dan ketahanan calar setaraf pisau.
Mampu tahan jatuh dari setinggi 2.5 meter
Tambahan pula, lapisan non-Newtonian fluid membantu menyerap serta mengagihkan tenaga hentakan dengan lebih berkesan. Ini definisi baru untuk ketahanan lasak, siap sedia untuk apa sahaja kemungkinan.
HONOR X9d mampu bertahan daripada terjatuh setinggi 2.5 meter (X9c pada 2 meter) di permukaan mencabar seperti batu buntar, asfalt, paving bertaktil, malah lebih daripada 10 jenis permukaan berbatu lain.
Skrin rata berketahanan lebih tinggi
Ada berita baik untuk peminat, selepas banyak permintaan, HONOR X9d akhirnya tampil dengan skrin rata. Bukan itu sahaja, skrin rata ni sememangnya meningkatkan lagi tahap ketahanan berbanding skrin melengkung.
Selain daripada pensijilan IP66 dan IP68, telefon ini juga menyokong tahap ketahanan air industri IP69K, menjadikannya model pertama dalam kalangan pengeluar utama yang mencapai piawaian industri IP69K. (HONOR X9c hanya mempunyai IP65M).

Berdasarkan piawaian ini, HONOR X9d memberikan perlindungan dalam 4 situasi utama:
1️.Kalis air pada kedalaman sehingga 6 meter
2️.Tahan percikan, bilasan, dan rendaman air suhu tinggi (85°C)
3️.Mampu menahan sehingga 18 jenis cecair berbeza
4️.Masih boleh bertahan walaupun direndam dalam air sedalam 1 meter selama 30 hari
Tahap kalis air ekstrem ini memastikan peranti benar-benar terlindung dalam situasi berkaitan air harian, memberi ketenangan fikiran tanpa tandingan kepada pengguna.
Fungsi Saliran & Pembuangan Habuk

Walaupun telefon terkena air atau pasir, anda boleh aktifkan Drainage and Dust Removal Mode. Telefon akan memainkan bunyi khas dan bergetar untuk mengeluarkan sisa air atau partikel halus.
Cara aktifkan:
1. Tarik turun Control Centre
2. Pilih edit shortcuts
3. Skrol ke bawah
4. Tambah fungsi Drainage and Dust Removal untuk akses pantas.
AI Heavy Rain Touch & AI Glove Touch

Dibina untuk ketahanan sebenar, HONOR X9d boleh dibilas ketika hujan, digunakan dalam air keruh, malah bertahan sentuhan air panas (hingga 10 saat). Ia telah diuji lebih daripada 10,000 kali rendaman air, memastikan kebolehpercayaan jangka panjang.
Tak kira tengah hujan lebat, lepas aktiviti luar, atau bekerja di persekitaran industri mencabar, HONOR X9d direka untuk menahan semua keadaan air yang kompleks tanpa kompromi.
Bateri Silikon-Karbon 8,300mAh Pertama Dalam Industri

HONOR X9d hadir dengan bateri gergasi 8,300mAh (HONOR X9c: 6,600mAh), menjadikannya kapasiti terbesar di pasaran sekarang mampu bertahan sehingga 3 hari penggunaan tanpa henti.
Walaupun besar, ini ialah telefon pintar paling nipis dengan bateri melebihi 7,000mAh, hasil teknologi Silikon-Karbon HONOR (mengandungi 10% silikon). Rekaannya kekal slim & ringan walaupun kapasiti besar.
-Sekali caj penuh boleh bertahan untuk:
-52.5 jam penstriman muzik
-23.8 jam tontonan video online
-16.8 jam gaming
-12.3 jam panggilan video
66W HONOR SuperCharge & 7.5W Reverse Charging

Dengan pengecasan pantas 66W HONOR SuperCharge, bateri 8,300mAh ini boleh dipulihkan dengan cepat, sesuai untuk kerja atau hiburan tanpa downtime panjang.
Lebih menarik, baterinya cukup besar untuk reverse charge peranti lain. Ia menyokong pengecasan berwayar 7.5W reverse charging, menjadikannya macam power bank mudah alih bila diperlukan.
Tambahan pula, mod Ultra Power Saving membolehkan telefon kekal digunakan untuk panggilan sehingga 60 minit walaupun bateri tinggal 2%.
HONOR X9d ini akan dilancarkan secara rasmi pada 24 September ini. Ikuti laman sosial HONOR untuk maklumat lanjut.
