Connect with us

Oh! Media

Jadi Ke Tidak, Tolak Tepi, Syasya Sahut Cabaran, Ajak Dolla Buat Kuih Raya Bersama

Branded

Jadi Ke Tidak, Tolak Tepi, Syasya Sahut Cabaran, Ajak Dolla Buat Kuih Raya Bersama

Amboi Tabby, seronok ya bila dapat cabaran bawa ahli Dolla pergi bazar Kelana Jaya untuk misi Bio-essence X Dolla Da-da-da Adventures. Tahulah bazar tu jadi tumpuan ramai.

Sekarang giliran Syasya pula, tapi pilihan yang Syasya ada ni pun bukan biasa-biasa tau, sama ada menari lagu raya bersama peminat atau buat kuih raya bersama ahli Dolla. Mesti korang expect ramai undi Syasya untuk menari bersama peminat kan?

Bukan! Syasya dicabar untuk buat kuih raya bersama ahli Dolla. Haa,jadi ke tidak, korang kena lah tengok sendiri!

Tolak Tepi Imej Artis, Kecoh Gelagat Dolla Bakar Kuih Raya!

Kalau korang ingat iklan raya Dolla Raya Raya Raya, mesti korang nampak betapa susahnya Tabby nak buat kuih raya kan? Nasib Angel ada waktu tu…

Ingatkan dah terlepas, rupa-rupanya mereka kena hadap lagi buat kuih raya!  Tapi kali ni, katanya Syasya nak buat Kuih Raya Cornflakes Madu daripada resepi turun-temurun. Nak tak nak, Syasya kenalah ajar Sabronzo, Tabby dan Angel. 

Kalau tengok dari gaya, kuih raya Dolla ni macam jadi tak jadi je sebab mereka riuh sangat sampai orang yang tengok pun geli hati dengan gelagat mereka!

Tetap Chill Walaupun Bahang, Dolla Guna Bio-Water Energizing Water!

Biasalah, kalau buat kuih raya ni, mestilah akan rasa bahang tak kira lah daripada api dapur ke, atau oven ke betul tak? Tapi, bila tengok Dolla bakar kuih tengah-tengah panas, nampak chill betul! 

Patutlah mereka nampak cool je, masa tengah bakar kuih raya tu, Sabronzo sempat spray Bio-Water Energizing Water. Lah, patutlah tenang je!

Psst, korang mesti ingat Bio-Water Energizing Water ni hanya untuk kegunaan cuaca panas dan aktiviti luar saja bagi mengekalkan penghidratan wajah kan? 

Tak semestinya, Bio-Water Energizing Water ni pun sesuai untuk apa jua jenis situasi sama ada korang duduk di tempat yang redup, atau di bawah terik matahari sebab ia bukan saja memberikan kelembapan yang optimum, malah buat kulit korang jadi lebih segar!

Psst, untuk kakak-kakak dekat luar sana, tips nak solekan korang kekal flawless dan tak ada crack, korang spray saja Bio-Water Energizing Water ni pada beauty blender yang dah diletakkan foundation, dan tap-tap pada wajah. Confirm solekan korang terletak elok!

Rai Aidilfitri Dengan Kulit Yang Lembap Terhidrat Dengan Bio-essence Bio-Water

Lagi beberapa hari saja nak sambut Aidilfitri ni, tak kan lah korang tak nak kulit korang kekal cantik, mulus dan terhidrat lagi-lagi dalam cuaca yang tak menentu betul tak? 

Haa, kalau pakai Bio-Water Energizing Water saja tak cukup! Korang memang kena pakai satu set lengkap Bio-Water yang lain seperti Bio-Water Vitamin B5 Gel + Cica-4, Bio-Water B5 Moisturizing Gel dan Bio-Water UV Shield Sun Stick. Barulah seronok beraya dengan kulit terhidrat!

Kalau korang nak tahu, Bio-essence ni menghasilkan produk penjagaan kulit yang bersesuaian dengan keadaan cuaca di rantau ini sebab mereka mempunyai kepakaran untuk kulit orang Asia tau! Baguskan, memang wajib ada lagi-lagi bulan Ramadan dan Syawal sebab cuaca panas!

Menariknya, siapa yang ada kulit kering, memang sesuai guna set lengkap Bio-Water ni sebab kalau korang guna Bio-Water Vitamin B5 Gel + Cica-4, ia bertindak menenangkan kulit sensitif, dalam masa yang sama mengekalkan kelembapan kulit. Haa, pagi Raya nanti wajib pakai!

Psst, lepas guna serum, jangan skip guna Bio-Water B5 Moisturizing Gel tau guys sebab ia sangat penting dalam membuatkan kulit wajah korang kekal lembap dan terhidrat. 

Ala, tapi kalau gel mesti melekit kan? Jangan risau, tekstur Bio-Water B5 Moisturizing Gel ni tak melekit pun dan ia dapat memberikan penyerapan yang jauh lebih pantas pada wajah.

Eh, korang jangan lupa akhiri rutin penjagaan kulit dengan sunscreen tau! Wajib! Pastikan korang guna Bio-Water UV Shield Sun Stick sebab ia mudah sangat untuk digunakan dan serius best sebab tak ada kesan white cast langsung!

Dengan Bio-Water UV Shield Sun Stick ni, ia dapat membantu melindungi kulit daripada kesan bahaya matahari sebab ia mengandungi SPF50+ PA++++. Jadi, kalau korang pergi beraya ke jalan tengah-tengah panas ke, sekurang-kurangnya kulit korang sentiasa terlindung, betul tak?

Rasailah kelembutan kulit wajah korang ketika bersolek. Bio-Water range dapat membuatkan solekan korang bertahan lebih lama tau! Dalam Ramadan ini, Kami pasti solekan korang confirm letop!

Kalau korang ikut setiap langkah penjagaan kulit ni dengan menggunakan set lengkap Bio-essence Bio-Water, kami pasti rasa lebih selesa untuk keluar beraya!

Undian Terakhir, Apakah Cabaran Yang Angel Perlu Hadapi Untuk Misi Bio-essence x Dolla Da-Da-Da Adventure

Kalau tadi Syasya dah kena cabar buat kuih raya, haa sekarang ni korang nak cabar Angel buat apa pula untuk cabaran terakhir ni?

Korang nak tengok Angel pack luggage ahli Dolla atau korang nak Angel showcase semua outfit raya? Haa, pilih jangan tak pilih guys!

Dah buat pilihan ke belum? Kalau dah, cepat undi sekarang okay?!

Untuk sebarang update terkini tentang promosi dan produk Bio-essence, jangan lupa ikuti mereka di Facebook dan Instagram

Untuk pembelian pula boleh terus ke Shopee, Lazada atau TikTok Bio-essence.

P/S: Baru-baru ini kita dikejutkan dengan penarikan diri Syasya daripada Dolla. Walaupun sedih dengan berita ini, Bio-essence akan setia menyokong Dolla dan yakin Dolla akan terus maju jaya memulakan babak baru dalam perjalanan karier mereka.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas