Connect with us

Oh! Media

PPV Swasta Pertama, Sunway SPCC Dijangka Vaksin 1.8 Juta Orang Di Daerah Petaling

Sunway Vaksin

Branded

PPV Swasta Pertama, Sunway SPCC Dijangka Vaksin 1.8 Juta Orang Di Daerah Petaling

Sunway Group melancarkan fasa kedua Sunway Pyramid Convention Centre (SPCC) sebagai pusat vaksinasi COVID-19. Ini bermakna, Program Imunisasi COVID-19 Nasional akan dijalankan di SPCC untuk orang ramai sehingga Februari 2022.

Pelancaran dirasmikan Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Dato’ Indera Dr. Sha’ari Bin Ngadiman, Pegawai Daerah Petaling serta Pengarah Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Petaling, Dato’ Johary Anuar bersama Pengasas dan Pengerusi Sunway Group, Tan Sri Dr. Jeffrey Cheah.

Menurut Dr. Sha’ari, “Pusat vaksinasi SPCC membolehkan 5,000 orang divaksin setiap hari untuk fasa kedua dan seterusnya. Dengan sumber yang ada, satu lokasi ini akan mempercepat program imunisasi lebih-lebih lagi menghadapi gelombang keempat.”

Sunway vaksin 2

SPCC yang berkeluasan 150,000 kaki persegi itu memulakan fasa pertama Program Imunisasi Kebangsaan pada 10 Mac lalu untuk 9,000 pekerja barisan hadapan dengan lebih 13,000 dos vaksin diberikan.

Klla5661

SPCC, pusat pemberian vaksin swasta skala besar pertama negara dijangkakan memvaksin sekurang-kurangnya 1.8 juta orang di daerah Petaling. Program itu dilaksanakan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Petaling dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP), dalam kumpulan kecil dan penjarakan fizikal.

Sunway vaksin 4

Sementara itu, Tan Sri Dr. Jeffrey Cheah berkata, “Saya percaya tiada syarikat yang boleh berpisah dengan masyarakat sebab itulah bakti dihulurkan untuk mereka yang memerlukan. Untuk kebaikan semua, kami salurkan lebih RM50 juta sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.”

Group photo 2

Untuk maklumat lanjut mengenai program vaksinasi di SPCC, dapatkan info semuanya di SINI, bermacam-macam info disediakan untuk korang. Dari cara nak ke SPCC, pakaian apa perlu dipakai, sampailah simptom biasa selepas dicucuk vaksin, semuanya disediakan info di sana.

Masih dalam mood beraya, korang dah layan iklan Raya Sunway? Kisah superwoman Suraya yang sanggup berkorban apa saja untuk kepentingan orang lain ini sudah meraih lebih 1 juta tontonan di Youtube tau! Jom layan bersama-sama?

Bagi mereka yang mengambil vaksinasi di SPCC, selain parkir percuma, korang juga boleh nikmati pelbagai ganjaran lain juga tau. Nak tahu ganjaran apa? Muat turun aplikasi Sunway Pyramid Mobile Apps sekarang!

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Muhamad Faris
Faris merupakan penulis editorial sepenuh masa di Oh! Media, yang mengkhususkan dalam menghasilkan artikel-artikel berkaitan pemasaran. Dengan tumpuan penuh pada strategi dan tren terkini, Faris memastikan setiap kandungan memberikan nilai tambah kepada pembaca dan rakan industri.
Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas