Connect with us

Oh! Media

Berjaya Kumpul RM10,050 Untuk Disumbang, Ini Antara Sorotan Menarik Sepanjang Kejohanan Paramount Cup

Branded

Berjaya Kumpul RM10,050 Untuk Disumbang, Ini Antara Sorotan Menarik Sepanjang Kejohanan Paramount Cup

Artikel Tajaan · Apa maksudnya?

Baru-baru kita dapat menyaksikan kemuncak acara sukan yang paling dinanti-nantikan apabila Kejohanan Paramount Cup menutup tirainya dengan cukup meriah!

Berlangsung di PLAYA Racquet Club @ PARC Subang, gelanggang pickleball bertukar menjadi medan pertempuran yang menghimpunkan peminat sukan pickleball dari pelbagai lapisan umur dan masyarakat. 

Bukan setakat perlawanan yang sengit, atmosfera sepanjang festival berlangsung memang penuh dengan sorakan dan semangat kesukanan yang tinggi tau.

Bagi korang yang tak sempat join kejohanan ini, korang memang rugi sangat! Kalau nak tahu kenapa, jom kami kongsikan.

Penyertaan Lebih Ramai Berbanding Acara Sulung

Untuk anjuran kali ini, tahu tak mereka telah menerima sambutan yang cukup hangat, bukan saja daripada komuniti pemain pickleball, malah orang awam pun teruja tau. 

Kredit PLAYA Racquet Club

Mana taknya, selain kategori junior baru diperkenalkan, sebanyak 18 buah negara turut menyertai kejohanan ini! Perghh, meriah!

Kredit PLAYA Racquet Club
Kredit PLAYA Racquet Club

Lebih bermakna, penyertaan untuk tahun ini jauh lebih banyak berbanding anjuran sebelum mereka, di mana tahun ini sebanyak 1050 peserta, manakala tahun lepas lebih kurang 800 peserta. Fuhh, nampak sangat sukan ini mendapat tempat di hati orang ramai kan?

Pelbagai Aktiviti Tersedia Sepanjang Acara Berlangsung

Kredit PLAYA Racquet Club

Disebabkan menerima sambutan yang cukup hangat, Paramount Property tak terlepas mengadakan festival meriah sepanjang hujung minggu dengan pelbagai aktiviti menarik khas buat para pengunjung.

Kredit PLAYA Racquet Club
Kredit PLAYA Racquet Club

Sambil-sambil menonton perlawanan pickleball, pengunjung dan ahli keluarga juga dapat memenuhi masa dengan menyertai bengkel seni secara percuma, cuci mata di ruang vendor yang menjual produk-produk tempatan dan pelbagai lagi aktiviti santai yang disediakan. Memang vibe habis lah!

Raih RM10,050 Untuk Sumbangan Kepada Shelter Home for Children

Apa yang membuatkan kejohanan tahun ini lebih istimewa adalah usaha murni di sebaliknya. Kali ini, Paramount Property telah bekerjasama dengan Shelter Home for Children di mana setiap penyertaan peserta dimanfaatkan sebagai peluang untuk memberi semula kepada komuniti tau.

Kredit PLAYA Racquet Club

Sebanyak RM5 daripada setiap yuran pendaftaran peserta telah didermakan kepada Shelter Home for Children, dan jumlah tersebut digandakan ringgit-to-ringgit oleh pihak Paramount Property! 

Hasil daripada sokongan padu korang semua, sebanyak RM10,050 berjaya dikumpulkan dan ia bakal digunakan sepenuhnya oleh pihak Shelter Home for Children bagi menampung kos penyediaan makanan, pendidikan, penjagaan 24 jam, khidmat kaunseling, perubatan, pengangkutan, fasiliti, serta keperluan harian anak-anak di sana.

Dana Juga Akan Membantu Meningkatkan Taraf Hidup Yang Memerlukan

Bukan itu saja, selain menampung keperluan asas dan meningkatkan taraf hidup mereka, dana ini turut disalurkan bagi menyokong kerja-kerja pemulihan untuk anak-anak yang mengalami trauma akibat pernah diabaikan, didera atau ditinggalkan.

Sumbangan ini dijangka bakal memberi impak positif kepada kira-kira 40 orang anak-anak jagaan di rumah perlindungan tersebut serta sekitar 30 lebih orang anak-anak di kawasan Program Perumahan B40 melalui program jangkauan komuniti mereka.

Kerja pemulihan ini merangkumi penyediaan persekitaran yang penuh kasih sayang dan penjagaan konsisten, akses kepada pendidikan, khidmat kaunseling untuk membantu merawat trauma, serta bimbingan bagi membina semula keyakinan diri mereka menerusi aktiviti kreatif dan rekreasi. Bagusnya!

Paramount Cup, Main Sambil Beramal! 

20261025 d4 1 647
Kredit PLAYA Racquet Club

Penganjuran Paramount Cup tahun ini bukan saja berjaya menyatukan komuniti pickleball yang semakin membesar, malah ia menjadi satu platform yang sangat bermakna buat para peserta untuk bersukan sambil beramal dan menyumbang kembali kepada masyarakat.

Kudos buat Paramount Property dan semua peserta yang menjayakan kejohanan ini! Korang jangan lupa untuk terus ikuti perkembangan terkini dan follow akaun media sosial rasmi Paramount Property untuk maklumat serta acara menarik yang akan datang!

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Ahmad Zakwan
Zakwan kini memfokuskan tugasan penulisan artikel pemasaran di Oh! Media, menghasilkan kandungan yang informatif dan relevan untuk menyokong strategi pemasaran yang berkesan.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas