Connect with us

Oh! Media

Kira-Kira Seramai 2.9 Juta Orang Sudah Menerima Vaksin

vaksin covid 19

COVID-19

Kira-Kira Seramai 2.9 Juta Orang Sudah Menerima Vaksin

Baru-baru ini Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAVMY) telah memberi jaminan bahawa proses pemberian vaksin akan dipercepatkan dan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) akan digandakan.

Setakat ini, Seramai 1,052,145 individu telah menerima dos kedua vaksin Covid-19 setakat semalam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Menerusi catatan di Twitternya, beliau berkata, seramai 1,860,864 orang pula menerima dos pertama, menjadikan jumlah pemberian vaksin Covid-19 setakat semalam ialah 2,913,009 dos.

IKLAN

Dr Adham berkata, lima negeri tertinggi yang telah melengkapkan kedua-dua dos ialah Selangor dengan 139,427 dos diikuti Sarawak (109,934); Perak (97,558); Kuala Lumpur (94,399) dan Johor (92,231).

Menurutnya, setakat semalam, 49.9 peratus atau 12,117,091 individu telah mendaftar untuk menerima suntikan vaksin dengan Selangor mencatatkan pendaftaran tertinggi sebanyak 3,223,832.

Mengikut perancangan program imunisasi itu, tempoh pelaksanaan fasa pertama pemberian vaksin yang bermula Februari hingga April lalu membabitkan 500,000 anggota barisan hadapan termasuk petugas kesihatan.

Fasa kedua bermula April hingga Ogos pula membabitkan 9.4 juta warga emas, kumpulan rentan dan Orang Kurang Upaya manakala, fasa ketiga yang dijadual pada Mei tahun ini hingga Februari 2022, membabitkan individu 18 tahun dan ke atas, warganegara dan bukan warganegara, dengan sasaran 13.7 juta orang atau lebih.

Kredit : BeritaHarian

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Arini Saleh Penulis
Penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori COVID-19

▶

Ikuti perkembangan SUKAN PARA ASIA 2026

Komik Sembang Jerr

Oh! Sembang Jerr - Bella Astillah dan Syed Saddiq Sah Bergelar Suami Isteri

Popular Bulan Ini

Oh! Botcast

Dengarkan 5 berita paling popular sepanjang minggu ini melalui Botcast bersama AIna dan AIzat. Enjoice!


Ohmedia Banner
Ke Atas