Connect with us

Oh! Media

‘Sebelum Ini Boleh Saja Komen Di IG Saya’ – Digelar Antivaksin, Rita Rudaini Jawab Tuduhan

Oh! Artis

‘Sebelum Ini Boleh Saja Komen Di IG Saya’ – Digelar Antivaksin, Rita Rudaini Jawab Tuduhan

Tular di media sosial pengacara, Farahanim Razak didakwa telah menyindir selebriti yang duduk dalam satu kawasan perumahannya sebagai antivaksin dan menyebarkan dakyah wap bunga cengkih.

ADVERTISEMENT

BACA: Fara Hanim Dedah Berjiran Dengan Pelakon Anti-Vaksin, Beri Klu Nama ‘RR’ & ‘LL’

Ia menjadi semakin hangat apabila Rita Rudaini tampil menempelak pengacara itu yang digelarnya sebagai suka cakap belakang dan menabur fitnah.

Menerusi sebuah hantaran di Instagram, Rita mengajak Farahanim bersemuka untuk menyelesaikan rasa tidak puas hati. Tambahan pula sebelum ini hubungan mereka sebagai jiran baik-baik sahaja.

Beginikah sikap seorang muslimah..orang muslim..datanglah jumpa depan-depan..bukan tak pernah sembang pun kan. Sistur lagi lama duduk kawasan ni berjiran dengan Schawal, Lufya..tak pernah pula jumpa jiran macam ni, elok je kita orang.. Kalau tak puas hati mai la sembang.. kita orang Islam kan berjiran.. apa masalah hang ni?

Sisturr pun tak pernah tulis sisturr antivac..pastu? Sisturr nak rebuih rumput ka, nak rebuih taik ka…itu sisturr punya pasal la..tak pernah kacau hidup orang pon…

Eh nampak sangat tidak bijak, pasal vaksin saja pon nak pandang serong dekat orang… islam pulak tu… ayooo orang macam ni tak boleh buat jiran… suka cakap belakang … depan bukan main manis mulut… belakang busuk jugak ye… tak payah la tulis RR LL.. tulis je la nama… apa salahnya… kalau nak cari publisiti.. lepas ni naik la follower..jahat juggk mulut awak ye sis

Rita dalam pada itu turut menafikan bahawa dirinya seorang yang menolak vaksin. Dia menjelaskan amalan pengambilan herba adalah salah satu alternatif untuk menjaga kesihatan diri.

Kata pelakon Mami Jarum Junior itu lagi, pengacara berkenaan tidak seharusnya menulis initial nama sahaja di Twitter. Seeloknya dia berterus terang dan menegur secara berhadapan.

Kredit: Rita Rudaini

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas