Connect with us

Oh! Media

Shahril Bawa Rakan Grab Jelajah ASEAN, Singkap Keunikan 3 Negara

Branded

Shahril Bawa Rakan Grab Jelajah ASEAN, Singkap Keunikan 3 Negara

Di Asia Tenggara, Grab adalah antara aplikasi ‘lifestyle’ yang amat memudahkan kerana boleh digunakan rentas sempadan. Nak bergerak ke sesuatu lokasi atau order makanan, hanya perlu buka aplikasi Grab terus settle.

Kali ini, Grab buat kelainan. Melalui kolaborasi dengan KS Lagi, Grab hadir dengan siri istimewa 3 episod, “Rakan Grab Jelajah ASEAN”  yang menampilkan Shahril Hamdan dalam misi menjelajah tiga negara serantau: Indonesia, Thailand dan Vietnam.

Bukan sekadar content travel biasa, tapi kali ni Shahril bersama seorang Rakan Grab membawa penonton dalam perjalanan untuk memahami bagaimana Grab mencipta teknologi yang betul-betul lahir dari pengalaman sebenar pemandu dan penghantar di lapangan. 

Dari AI Driver Companion sampai ke GrabMaps, semuanya dibangunkan untuk membantu komuniti Grab di seluruh rantau.

Dari Jalan Raya Ke Luar Negara – Shahril & Rakan Grab Teroka ASEAN

Grab Jelajah Asean

Bagi Shahril, perjalanan ini bukan sekadar tentang teknologi. Ia tentang cerita manusia sebenar di sebalik setiap perjalanan Grab.

Setiap bandar yang dilawati, setiap interaksi semuanya tunjukkan semangat yang sama iaitu dengan kerja keras, membantu sesama komuniti, dan terus mara ke depan.

Episod 1 menampilkan Rakan Grab, Muhamad Syukri bin Ghazali yang dibawa ‘terbang’ ke negara Garuda.

Apa yang lebih istimewa ini merupakan pengalaman pertama Muhamad Syukri ke luar negara dan dia dapat merealisasikan angan-angannya sejak sekian lama untuk mengunjungi Bali, Indonesia!

“Bila sampai di Bali, saya rasa terharu. Tak sangka kerja sebagai pemandu Grab boleh bawa saya sejauh ni. Bila jumpa rakan pemandu di negara lain, saya sedar walaupun tempat berbeza, semangat kami sama, semua nak cari rezeki halal dan bantu keluarga,” katanya dengan senyuman.

Jangan lupa saksikan kesemua 3 siri Rakan Grab Jelajah ASEAN di Youtube KS Lagi setiap minggu. Ikuti laman sosial KS Lagi, barulah korang tak miss mana-mana episod!

Teknologi Yang Dekat Dengan Hati Komuniti

Apa yang menarik, Grab bukan sekadar aplikasi yang memudahkan hidup tapi satu platform yang berkembang hasil idea dan maklum balas daripada komuniti sendiri.

AI Driver Companion bantu pemandu cari permintaan dengan lebih pantas.

AI Merchant Assistant mudahkan peniaga kecil urus operasi harian.

GrabMaps pula dibina berdasarkan input rakan pemandu sendiri untuk pastikan laluan lebih tepat.

Pendek kata, setiap inovasi Grab lahir daripada cerita sebenar di jalanan.

Pendekatan Grab dalam inovasi mencerminkan usaha berterusan kerajaan-kerajaan ASEAN untuk mengintegrasi kecerdasan buatan (AI) ke dalam strategi nasional negara masing-masing, dan menjadi contoh bagaimana platform tempatan dapat mendemokrasikan teknologi agar manfaatnya boleh dinikmati semua lapisan masyarakat.

Satu Rantau, Satu Semangat

5 1

Melalui siri Rakan Grab Jelajah ASEAN, kita dapat lihat bagaimana teknologi dan manusia bergerak seiring, bukan untuk bersaing, tapi untuk berkembang bersama.

Siri tiga episod ini bukan sekadar tayangan, tapi satu penghargaan buat semua Rakan Grab yang menjadi nadi di sebalik superapp paling popular di rantau ini.

Kalau nak tahu macam mana semangat ASEAN dan teknologi Grab bergabung dalam satu perjalanan epik tonton siri penuh “Rakan Grab Jelajah ASEAN” di platform KS Lagi sekarang!

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Muhamad Faris
Faris merupakan penulis editorial sepenuh masa di Oh! Media, yang mengkhususkan dalam menghasilkan artikel-artikel berkaitan pemasaran. Dengan tumpuan penuh pada strategi dan tren terkini, Faris memastikan setiap kandungan memberikan nilai tambah kepada pembaca dan rakan industri.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas