Connect with us

Oh! Media

Rasa Lenguh & Sengal Otot Membataskan Aktiviti? Cuba Tips Ni Untuk Hilangkan Kesakitan!

Counterpain

Branded

Rasa Lenguh & Sengal Otot Membataskan Aktiviti? Cuba Tips Ni Untuk Hilangkan Kesakitan!

‘Aduh kejangnya leher, salah bantal pula tidur semalam’ 

Anda ada pengalaman tersalah tidur hingga lenguh leher? Duduk terlalu lama menghadap laptop apabila bekerja atau terlebih bersukan sehingga kejang otot dan sakit belakang?

Ini semua situasi yang selalu berlaku dalam kehidupan kita yang kadang-kala menjejaskan aktiviti seharian. Iyalah, siapa yang suka sakit kan? Tapi anda semua tak perlu risau sebab kali ni Oh! Media nak kongsikan tips bagaimana untuk melegakan kesakitan dengan mudah. 

1. Melakukan senaman ringan/yoga

Pernah tak dengar orang cakap kalau sakit kena buat senaman ringan atau yoga? Senaman sebegini sebenarnya membantu melancarkan perjalanan darah dan meningkatkan kekuatan otot.

Sebagai contoh, aktiviti yoga dengan pergerakan yang lembut dapat mencegah sakit punggung dan rasa sengal-sengal otot. Ia juga membantu memperbaiki struktur dan postur tubuh menjadi lebih baik.

2. Sediakan stok penyelamat segera Counterpain 

Kadang-kadang kita tak menyangka bila-bila masa ‘kecelakaan’ boleh terjadi. Bayangkan tengah jalan turun tangga tiba-tiba lutut terasa bagai disentap atau tengah main badminton kaki pula cramp.

Waktu macam inilah menunjukkan pentingnya anda mempunyai penyelamat segera yang boleh membantu melegakan kesakitan seperti Counterpain.

Kalau anda nak tahu, Counterpain menawarkan 3 jenis produk pelbagai fungsi yang bertindak untuk merawat sakit kecil, sakit otot/ sendi dengan memberikan kelegaan segera.

Analgesic Balm (Krim)

Krim tradisi yang dah lama berada di pasaran ni admin paling suka pakai, siap simpan satu dalam beg kalau nak pergi ke mana-mana kerana ianya kecil dan selalu jadi penyelamat waktu kecemasan.

Krim ini bertindak dengan pantas dan berkesan apabila disapukan ke bahagian yang sakit. Ia menyerap ke dalam kulit dan membantu melegakan kesakitan dan jika hendak digunakan sebagai krim mengurut pada bahagian anggota yang sakit pun boleh.

Aromanya yang segar juga tidak menyesakkan hidung. Menggunakan bekas yang tahan karat, krim Counterpain diformulasikan menggunakan vanishing cream base. Jadi apabila disapu ia tidak meninggalkan sebarang kesan atau rasa berminyak pada kulit. 

Cool gel 

Bagi Counterpain jenis gel ini ia diformulasikan dengan ramuan yang bersifat ringan untuk penyerapan yang pantas.

Dengan efek penyejukan, ia memberikan sensasi penyejukan segera dan melegakan otot yang sakit.

Counterpain cool gel turut bertindak pantas melegakan kesakitan kerana penyerapannya yang cepat dan berkesan.

Seperti krim, cool gel menggunakan vanishing gel base untuk memberikan sapuan yang lebih bersih tanpa meninggalkan sebarang kesan.

Patch & Patch Hot

Pelekat berubat Counterpain diperbuat daripada bahan pita yang berkualiti tinggi dengan tekstur yang lembut dan halus.

Paling menarik, pelekat berubat ini turut mempunyai vitamin E. Patch & Patch Hot ni jika ditampal di mana-mana bahagian yang sakit ia akan kekal dan tidak mudah beralih. Jadi ianya sangat sesuai digunakan di bahagian sendi dan anggota badan berlipat tanpa meninggalkan rasa tidak selesa.

Kalau anda tersalah tidur atau duduk lama sangat sampai lenguh pinggang, tampal je patch ni. Cepat dan mudah untuk menghilangkan rasa lenguh.

Kalau admin suka yang krim, anda pula suka yang mana?

Untuk yang berminat mendapatkan Counterpain jenis pelekat berubat Patch & Patch Hot, Analgesic Balm (Krim) atau Krim Gel, korang boleh terus ke farmasi utama berhampiran dan kedai perubatan Cina.

KKLIU No: 3032/2021
Tarikh Tamat Tempoh: 31 December 2023
Ini merupakan iklan produk perubatan

———————————————————————————————————————————–

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas