Connect with us

Oh! Media

Ini Antara Lokasi Penggambaran K-Drama Korang Wajib Kunjungi Bila Jejakkan Kaki Ke Korea!

Klook Korea

Branded

Ini Antara Lokasi Penggambaran K-Drama Korang Wajib Kunjungi Bila Jejakkan Kaki Ke Korea!

Setelah 2 tahun kita duduk di rumah sambil menonton drama-drama Korea, akhirnya kita dah boleh melancong ke Korea dan feeling-feeling seperti dalam drama! Yeay, mesti best kan!

Alang-alang kalau korang dah ada plan nak ke sana, apa kata korang jalan-jalan dekat tempat yang K-drama selalu shoot sebab kalau melawat kawasan tumpuan pelancong ni mainstream sangat. Betul tak?

Kalau korang nak tau, Klook ada listkan tempat-tempat yang best dekat Korea yang korang wajib datang tau. Yang paling penting, ada beberapa tempat yang pernah menjadi set penggambaran drama-drama popular! 

Putar Balik Masa Ke Zaman Joseon Di Gyeongbokgung Palace, Seoul

Siapa dekat sini suka tengok cerita tentang sejarah? Haa, tak dinafikan memang seronok kalau dapat mengenali zaman-zaman pemerintahan Korea Selatan pada waktu dulu. 

Untuk pengetahuan, Korea Selatan mempunyai 4 era dinasti yang berbeza iaitu Gojoseon, United Silla, Goryeo dan Joseon. Tapi, kebanyakkan drama yang dihasilkan bermula daripada era Joseon. 

Antara drama popular yang menceritakan tentang era Joseon adalah My Sassy Girl, Jang Ok-Jung, Dong Yi, Ruler: Master Of The Mask, Sungkyungkwan Scandal, The Flower In Prison, Gunman In Joseon, Rebel: Thief Who Stole the People, The Moon Embracing The Sun dan banyak lagi. Fuhh, menarik!

Antara K-drama popular yang lain adalah Traces of Love (2020), When My Love Blooms (2020,; Failing In Love (2019), Mother of Mine (2019), Kingdom (2019), Temperature of Love (2017), My Sassy Girl (2017), dan Chicago Typewriter (2017). 

Tapi, mesti korang tertanya-tanya dekat mana diorang shoot drama bersejarah ni betul tak? Maklumlah, nak kekalkan bangunan-bangunan bersejarah ni bukan senang ya!

Antara tempat penggambaran popular untuk menceritakan tentang era Joseon yang korang boleh lawati adalah di Gyeongbokgung Palace, Seoul

Dah sampai sini, korang wajib sewa hanbok dan bersiar-siar di kawasan istana. Baru lah ada feeling berada di era Joseon! Manalah tahu kot-kot terjumpa Ju Ji-Hoon~

Kalau korang nak berjalan-jalan di sekitar Seoul tapi tak tahu nak mula dari mana, korang wajib cek di Klook sebab ada banyak tempat yang mereka tawarkan pada harga berpatutan tau! 

Tapi, senang ke nak cari tempat yang “muslim friendly” dekat Seoul? Haa, korang tak perlu risau sebab dekat sini ada masjid untuk umat islam melakukan ibadah iaitu Seoul Central Mosque. 

Manakala, korang boleh dapatkan makanan Halal dengan mudah di Seoul sebab kebanyakan restoran yang Halal berada di sekitar kawasan masjid Seoul. 

Andai kata korang nak bersiar-siar di Seoul tapi pada sama perlu menunaikan solat, ada beberapa tempat yang menyediakan kemudahan ibadah seperti pusat membeli-belah, universiti dan restoran. Wow, bagusnya!

Buat Aegyo Dengan Park Seo Joon Kesayangan Di Busan!

Korang mesti pernah berangan nak ada boyfriend macam Park Seo Joon lepas tengok cerita Fight For My Way betul tak? Lagi-lagi masa dia buat aegyo tu, comelnya!

Untuk pengetahuan, babak di mana Ko Dong-Man(Park Seo Joon) geram dengan Choi Ae-Ra(Kim Ji-Won) sebab dia buat aegyo tu dirakamkan di Hocheon Cultural Village, Busan tau! Haa, lepas ni korang bolehlah recreate balik babak tu dengan yang tersayang~

Antara drama lain yang pernah dirakamkan di Busan adalah The King: Eternal Monarch, Pachinko, Peninsula, Ode to My Father dan banyak lagi.

Menariknya, dekat Busan ada banyak tempat menarik yang korang boleh lawati untuk bergambar, menikmati pemandangan serta belajar dialect Busan. Haa, dialect diorang berbeza dengan Seoul tau! Kalau nak tahu, kenalah datang!

Kalau korang tak tahu nak ke mana apabila touchdown Busan, korang cek je Klook, siap boleh dapat harga yang murah tau! 

Paling penting, korang tak perlu risau tentang kemudahan untuk umat Islam sebab di Busan ada menyediakan ruangan solat iaitu di Masjid Al Fatah serta terdapat banyak restoran Hala yang menyajikan semua jenis masakan!

Salah satu yang paling popular ialah restoran Turki Cappadocia, terletak berhampiran dengan masjid di Busan, dan terkenal dengan kebabnya yang lazat!

Imbau Memori Su-Yeon Mendengar Rintihan Min-Woo Di Jeju Island

Siapa tengok cerita Extraordinary Attorney Woo? Haa, korang tahu tak dalam episode 13 dan 14, mereka banyak buat penggambaran di Jeju Island tau!

Kalau korang ingat lagi, dalam episod 13, Su-Yeon mendengar pengakuan Min-Woo tentang betapa sukarnya hidupnya sebagai pencari nafkah. Haa, babak itu dirakam di Saeyongyo Bridge, Saesom Island yang terletak di Jeju! 

Bukan itu saja, mereka juga melakukan penggambaran di Sanar Vivienda, sebuah hotel yang mempunyai pemandangan sangat lawa. Wow!

Selain itu, siapa ingat lagi drama Boys Over Flowers? Haa, diorang pun banyak buat rakaman di Jeju island tau!

Kalau korang ingat lagi babak di mana Goo Jun-Pyo(Lee Min-Ho) dan Ha Jae-Kyung(Lee Min-Jung) hampir berkahwin di tepi laut? Haa, babak tersebut dirakam di Bangdupo Lighthouse, Jeju tau!

Disebabkan Jeju mempunyai banyak keindahan alam semula jadi serta landskap yang cantik, banyak penggambaran di lakukan di sini. 

Jadi, kalau korang touchdown Jeju Island, korang wajib datang ke Bangdupo Lighthouse ni sebab bukan setakat ada view yang lawa, malah korang boleh imbau semula babak Lee Min-Ho dan Lee Min-Jung! 

Kalau nak tahu apakah antara tempat-tempat menarik yang korang boleh datang di Jeju, korang boleh cek di Klook DI SINI. Siap boleh dapat harga yang berpatutan lagi! 

Agak-agak susah tak cari makanan halal dekat Jeju? Jawapannya tidak! Dekat sini ada 28 restoran yang menyediakan makanan Halal seperti restoran Baghdad, Uribong Sikdang, Choonsim’s House, Cheonhaecheon, dan Shabu Shabu, di mana hanya daging Halal saja digunakan. Ini yang kita mahukan!

Jumpa “Goblin” Di Gangwon-do

Kalau korang datang ke Korea, korang wajib singgah ke Gangwon-do sebab dekat sini ada banyak tempat yang digunakan sebagai set penggambaran untuk drama-drama yang popular. 

Antaranya seperti Goblin, lakonan Gong Yoo dan Kim Go-Eun di mana pada awalnya Ji Eun-Tak menyambut hari jadinya berseorangan dan membuat hajat supaya diberi seorang teman lelaki. 

Berkat hajatnya, Kim Shin secara tiba-tiba muncul di hadapan Ji Eun-Tak dan memberikannya sejambak bunga. Aww, sweet kan? 

Kalau korang nak tahu, babak ini dirakamkan di Jumunjin Breakwater yang terletak di Pantai Jumunjin tau. Siap ada papan tanda yang menyatakan penggambaran pernah dilakukan di situ lagi. Haa, korang jangan lupa tangkap gambar dengan pasangan pula di situ.

Bukan itu saja, kalau korang tonton cerita It’s Not Okay To Be Okay, mereka juga melakukan penggambaran di Gangwon-do iaitu di Gunung Wonju Sogeumsan. 

Babak yang dirakamkan pada waktu ini adalah Moon Gang Tae dan Go Mun Yeong sedang bersiar-siar di jambatan ini, siap tangkap gambar bersama lagi! Haa, korang kalau datang sini bolehlah recreate babak ni balik!

Selain itu, siapa peminat kumpulan BTS, korang wajib datang ke Pantai Yeongjin dan singgah ke perhentian bas yang ada di situ sebab diorang buat penggambaran untuk video muzik “You Never Walk Alone” tau. Wow!

Ada banyak lagi tempat menarik yang ada di Gangwon-do yang korang boleh kunjungi tau. Kalau nak tahu, korang boleh cek di Klook sebab diorang tawarkan harga yang berpatutan. 

Imbau Semula Kenangan Twenty Five Twenty One Di Jeonju

Siapa yang tengok drama Twenty Five Twenty One, confirm tahu betapa sedihnya drama ini. Kami siap sediakan satu kotak tisu tau dekat tepi sebab banyak sangat babak sedih!

Namun, dalam banyak-banyak babak yang sedih, ada beberapa babak yang sweet seperti Yi-Jin(Nam Joo-Hyuk) dan Hee-Do(Kim Tae Ri) berjalan di Baramssoeneungil selepas melarikan diri daripada pengawal sekolah melalui terowong Hanbyukgul di Jeonju. 

Sebelum mereka dikejar, Yi-Jin yang pada waktu itu kecewa dengan creditors, dihiburkan oleh Hee-Do yang membuat air pancut di laman sekolah dengan memutarkan paip. 

Selain itu, ada juga satu babak romantis di mana Hee-Do dan Yi-Jin memutuskan mereka akan bersama dan bercium di kawasan rumah Yi-Jin semasa musim salji.  

Haa, kalau korang nak tahu, kedua-dua babak ini dirakam di Jeonju tau. Jadi, kalau korang sampai di Jeonju, jangan lupa singgah ke Baramssoeneungil dan kawasan kejiranan lama Jeonju untuk bergambar dan feeling-feeling seperti dalam drama Twenty Five Twenty One! 

Selain drama ini, ada banyak lagi drama yang melakukan penggambaran di Jeonju antaranya My Roommate Is Gumiho, The King’s Affection, The Red Sleeve, Love In The Moonlight, YMCA Baseball Team dan banyak lagi. 

Kalau nak tahu antara tempat-tempat yang best di Jeonju, korang wajib pergi bersama Klook sebab bukan saja murah, mereka siap banyak tawar banyak tempat yang menarik tau! 

Kunjungi Lebih Banyak Tempat Menarik Dengan Klook

Wah, banyak juga kan tempat-tempat menarik yang digunakan sebagai set penggambaran untuk Kdrama. 

Lagi best, kalau korang dapat pergi ke sana dan recreate semula semua babak-babak dalam Kdrama! Tapi, tu lah, nak kena kira bajet dulu sebelum pergi sana…

Haa, tak perlu risau, dengan Klook, ada banyak tempat-tempat menarik yang korang boleh pergi dengan harga yang berpatutan tau! 

Bukan itu saja, korang boleh menikmati penjimatan yang hebat serta akan dapat kredit daripada Klook. Wow, ini baru betul seronok kalau nak bercuti!

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Klook atau ikuti media sosial mereka di Facebook, Twitter, Instagram dan TikTok.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas