Connect with us

Oh! Media

Peminat Bola Sepak Berpeluang Melihat Sendiri Trofi Berprestij Piala Malaysia Di Lima Lokasi Terpilih

Ohmedia  Jelajah

Branded

Peminat Bola Sepak Berpeluang Melihat Sendiri Trofi Berprestij Piala Malaysia Di Lima Lokasi Terpilih

Baru-baru ini, Jelajah Piala Malaysia telah dilancarkan bagi menandakan jelajah trofi berprestij Piala Malaysia ke lima lokasi terpilih di seluruh Malaysia.

Jelajah ini telah dirasmikan pada 15 September dan bermula di AEON BiG Wangsa Maju di Kuala Lumpur sebelum menuju ke empat pasar raya besar AEON BiG terpilih yang lain.

Malah, jelajah ini dibawakan oleh Pos Malaysia, AEON BiG, Minyak Masak ALIF dan BubblesO2 dengan kerjasama Malaysian Football League (MFL) yang akan menyaksikan trofi dipamerkan di lima lokasi terpilih dari 15 September hingga 3 Disember 2023.

Kerjasama ini dapat menandakan komitmen bersama terhadap semangat kesukanan dan menyokong Perlawanan Akhir Piala Malaysia pada 9 Disember, yang bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil yang ikonik.

Peminat
Dari kiri ke kanan Alfian Alias Ketua Jualan ALIF Oil Fiona Liao GCMSO Pos Malaysia Nizaruddin Yusof Legend Azman Adnan Legend Datuk Stuart Ramalingam MFL CEO Sheikh Farouk AEON BIG MD Arifin Marzuki Pengerusi Eksekutif BubblesO

Dalam pada itu, peminat berpeluang menyaksikan trofi Piala Malaysia dan melibatkan diri dalam permainan interaktif dan aktiviti menarik bersama rakan kongsi MFL.

Selain itu, peminat juga boleh menjangkakan sesi bertemu dan bersalaman dengan pemain kegemaran mereka di setiap lokasi jelajah.

Menurut Stuart Ramalingam, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Football League (MFL), jelajah ini bukan sahaja mempromosikan kejohanan tetapi memberi peluang kepada peminat untuk melihat piala itu secara lebih dekat.

Selain itu, peminat bola sepak juga boleh mendapatkan gambar mereka yang dicetak pada setem dengan melakukan transaksi minimum RM20 dengan Pos Malaysia atau dengan membeli 1 pek minyak masak ALIF 3kg dan 2 botol air minuman BubblesO202 800ml.

Bukan itu sahaja, peminat bola sepak dan orang ramai juga dijemput untuk berkunjung ke lima lokasi dan menyertai peraduan khas untuk berpeluang memenangi dua Pas Suite Korporat dan 10 Pas Premium MFL untuk menyaksikan perlawanan Akhir Piala Malaysia pada 9 Disember ini.

Berikut merupakan tarikh dan lokasi yang bakal berlangsung Jelajah Trofi Piala Malaysia:

  • 15 hingga 17 September – Kuala Lumpur (AEON BiG Wangsa Maju)
  • 22 hingga 24 September – Perak (AEON BiG Falim, Ipoh)
  • 20 hingga 22 Oktober – Pahang (AEON BiG Kuantan)
  • 3 hingga 5 November – Selangor (AEON BiG Shah Alam atau Klang)
  • 1 hingga 3 Disember (AEON BiG Batu Pahat)

Kredit: Pos Malaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nini Hashim
Nini Hashim, bekas penulis separuh masa di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu trending dan hiburan, menjadikan setiap penulisannya segar dan menghiburkan pembaca.
  • 1 1
  • 1 1 1
  • 1 1 2
  • Ohmedia  Jelajah
  • 1 1
  • 1 1 1
  • 1 1 2
  • Ohmedia  Jelajah
Teruskan membaca..
Berita lain yang lebih popular...

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas