Connect with us

Oh! Media

Pelan Data Pantas 1,000GB Bawah RM100? U Mobile Perkenal Pelan Terbaru U Postpaid, Memang Unbeatable!

Pascabayar U Mobile

Branded

Pelan Data Pantas 1,000GB Bawah RM100? U Mobile Perkenal Pelan Terbaru U Postpaid, Memang Unbeatable!

Dalam banyak-banyak pelan data, selalunya kita nak ambil yang ada data tanpa had walaupun ada had kelajuan. 

Kalau data laju tanpa speed cap ni bayaran bulanan memang ‘keras’ lah sikit. Bila dah dapat yang laju pula, data selalu tak cukup sebab kuota tak besar. Nak lebih data ekstra kena beli pula pakej tambahan, memang lari lah bajet ceritanya. 

Haa, untuk korang yang selalu dalam dilema nak pilih antara kuota data besar atau data laju, jom kami kongsikan pelan pascabayar TERBAIK yang bagi korang the best of both world iaitu UNBEATABLE U Postpaid!

Pelan Data Sehingga 1,000GB(1TB) Pertama Dalam Industri

Untuk pengetahuan, U Postpaid 98 dan U Postpaid 68 telah diperkenalkan bersama U Postpaid 38 (yang telah dilancarkan sebelum ini) kini membentuk pakej lengkap untuk U Postpaid yang sesuai untuk pelbagai lapisan umur dan jenis penggunaan. Jom tengok pelan terbaru mereka!

Pelan U Postpaid 98

Antara semua pelan yang ada dalam U Postpaid, mestilah U Postpaid 98 ni yang paling recommended! Sebab utamanya mestilah kuota datanya sangat besar iaitu 1,000GB (1TB). Kalau tak silap, ini pertama kali syarikat telekomunikasi menawarkan data sampai 1TB. 

Paling best, keseluruhan 1TB data ditawarkan langsung tiada speed cap. Memang best lah nak lenjan sepuas-puasnya tanpa perlu risau kena speed throttle

Tapi, kalau yang jenis data bulanan yang tak pernah habis tu macam mana pula? Jangan risau sebab korang boleh tambah talian keluarga U FamilyShare dan kongsi 1,000GB tu sehingga 6 orang famili. Cuma RM38/talian, kan jimat tu!

Selain itu, dengan U Postpaid 98 ni korang akan lebih tenang dan senang nak dapatkan peranti 5G terbaru. 

Pilih je antara pakej ansuran 0% faedah yang lebih fleksibel iaitu U PayLater atau pakej ekstra jimat U SaveMore.

Pelan U Postpaid 68

Untuk korang yang nak gunakan data sendiri dan tak nak berkongsi, korang boleh pilih pelan U Postpaid 68 yang jauh lebih jimat dan masih menawarkan data yang pantas!

Hanya dengan RM68 sebulan, korang akan dapat 100GB data yang juga tiada had kelajuan tau. Wah, kira banyak juga kuota ni untuk kegunaan seorang!

Nak beli peranti 5G pun tiada masalah sebab dengan U Postpaid 68 turut menawarkan pakej peranti U SaveMore yang super jimat!

Paling best, korang pun boleh nikmati penjimatan hebat untuk peranti 5G baharu kalau korang padankan dengan pelan U Postpaid 68 melalui ‘U SaveMore’ tau. Bestnya, dah tak perlu pening kepala nak fikir pelan yang sesuai!

Tapi, kalau korang perasan, apa maksud ‘Sedia 5G’ pada semua pelan U Postpaid ni kan? Haa, ianya sangat penting sebab bila rangkaian 5G di Malaysia mula ditawarkan secara meluas, pengguna pelan ini akan terus dapat menikmati 5G secara automatik tanpa perlu naik taraf atau menukar SIM. Menarik!

Melancong Ke Luar Negara Tanpa Tekanan!

Untuk korang yang selalu outstation atau melancong ke luar negara, mesti susah nak berhubung dengan orang yang tersayang sebab akan makan banyak data dan korang terpaksa bayar lebih untuk dapatkan pelan yang lain betul tak?

Ada juga yang terkejut bila balik daripada bercuti, disambut pula dengan bil telefon yang melambung sebab terlupa nak aktifkan data perantauan atau roaming sebelum pergi. Haih, kan dah rugi tu. 

Dengan U Postpaid 98 dan U Postpaid 68, korang dah tak perlu risau tentang bil yang melambung atau bayar ekstra bila melancong sebab kedua-dua pelan ni ada data perantauan 15GB/bulan PERCUMA tau! Haa, lepas ni dah tak perlu beli add-ons lagi dah~

Apa yang lagi menarik, korang boleh menggunakan data perantauan ini di 63 buah negara seperti UK, Amerika Syarikat, Korea Selatan, Portugal, Turkiye, Thailand dan Singapura tau. 

Bukan itu saja, korang juga boleh menikmati panggilan masuk perantauan secara PERCUMA dari mana-mana 63 destinasi tersebut apabila berada di luar negara! 

Pelan Postpaid U Mobile Paling Pantas Yang Tiada Tandingan!

Fuhh, menarik kan pelan-pelan terbaru daripada U Mobile ni? Lepas ni korang dah boleh buat kerja, main game dan binge watching drama tanpa sebarang masalah data tau! 

Paling penting, bila korang ke luar negara, dah tak perlu nak beli pelan baru semata untuk berhubung dengan yang tersayang. Jimat lebih banyak dengan pelan pascabayar baru U Mobile!

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi U Mobile atau ikuti media sosial mereka di Facebook, Twitter dan Instagram

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas