Connect with us

Oh! Media

Memori Makanan Taut Kasih. Iklan Ramadan Seri Murni Papar Realiti Kehidupan

Branded

Memori Makanan Taut Kasih. Iklan Ramadan Seri Murni Papar Realiti Kehidupan

Tidak dinafikan, golongan anak muda kini lebih banyak menghabiskan masa bersama rakan-rakan berbanding ahli keluarga mereka. Tak kira lah sama ada mereka tinggal bersama atau tidak.  Nak makan bersama pun susah, apa ntah lagi nak berbual bersama-sama. Memang dah lain!

Para ibu di luar sana mesti teringin sangat nak luangkan masa dengan anak-anak sama macam waktu kecil dulu.Lagi best bila tengok mereka enjoy masakkan korang, betul tak? Hmm tapi bila anak-anak dah besar, mesti mereka lebih sibuk dengan aktiviti harian sampai lupa pada korang! Sedihnya!

Tengok jelah video mak  yang ‘makan hati’ bila anaknya asyik reject permintaan bila ajak berbuka sekali. Sampaikan duduk rumah sekali pun tak tahu mak dia buat apa!

Fuh, berair mata min bila tonton iklan dari Seri Murni ni. Betul kata pepatah, kasih ibu membawa ke syurga. Buktinya, si ibu mesti akan ingat apa makanan favourite korang, betul tak? Walaupun dalam keadaan sakit, tapi mereka tetap nak berikan yang terbaik buat korang!

Bila anak-anak dah membesar, mereka pun mula lah sibuk dengan aktiviti harian mereka hinggakan alpa yang ibu bapa sudah semakin berusia.

Sebagai anak,  korang luangkanlah masa sikit bersama mereka. Ibu bapa kita ni tak harapkan pun kemewahan daripada kita, cukup kita ada bersama dan menghargai mereka sama macam waktu kita kecil dulu walaupun hanya dengan menikmati hidangan yang mereka masak.

Seri Murni Sebar Rasa Kasih Sayang,  Agih Bubur Lambuk Buat Semua

Haa, dah alang-alang tengah bercerita pasal bubur lambuk ni, korang tahu tak yang Seri Murni nak edarkan bubur lambuk di bazaar Ramadan yang terpilih seperti

– Minggu Pertama (5 hingga 7 April 2023)

Lokasi: Tapak Pakir E1 E2 Stadium Shah Alam, 40100 Shah Alam, Selangor.

Masa: Bermula 3.00 PM- 7.00 PM

So, make sure korang serbu bazar Ramadan di atas dan bawa pulang bubur lambuk untuk korang makan bersama insan tersayang! Bila dapat berkumpul bersama keluarga, kasih sayang yang dah lama hilang pasti kembali terjalin! Sweetnya!

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Seri Murni atau ikuti Facebook Page Seri Murni.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas