Connect with us

Oh! Media

Mall Pertama Di Semenyih! Setia EcoHill Mall Menawarkan Pelbagai Tarikan Untuk Seisi Keluarga

Branded

Mall Pertama Di Semenyih! Setia EcoHill Mall Menawarkan Pelbagai Tarikan Untuk Seisi Keluarga

Tak dinafikan di kawasan Lembah Klang ni terdapat banyak sangat pusat membeli-belah. Tapi korang perasan tak, kebanyakkan pusat membeli-belah ni tertumpu di kawasan yang padat atau di tengah ibu kota je.

Haa.. Sebab itulah, Ohmedia nak kongsikan tentang satu pusat membeli-belah baru dan pertama seumpanya di kawasan Semenyih iaitu Setia EcoHill Mall

Untunglah orang Semenyih tak perlu nak drive jauh-jauh untuk ke pusat membeli-belah!

Apa yang menarik di Setia EcoHill Mall?

Seperti kebanyakkan pusat membeli-belah lain di Setia EcoHill Mall juga ada banyak cawangan restoran makanan popular seperti Coffee Bean, Sushi King, Secret Recipe, MyeongDong, Kenny Rogers, Burger King, Bask Bare Coffee, Warung Mango Shake, Nasi Lemak Bamboo, Zus Coffee dan macam-macam lagi.

Orang kata memang food heavenlah tempat ni. Nak jadikan port dating dengan pasangan atau luangkan masa bersama dengan keluarga pun boleh kat sini, kawasannya bukan saja luas malah ada banyak tempat parking tau! 

Bagi peminat gadget dan peranti elektronik, di Setia EcoHill Mall ni juga ada digital floor, di mana korang boleh dapatkan gadget terkini dan baik pulih peranti. Antara jenama yang ada kat sini seperti Machines, OPPO, HP, Lenovo, ASUS, Acer dan banyak lagi!

Nak dapatkan keperluan harian dan kesihatan pula, ada pilihan Caring Pharmacy dan Watsons untuk korang. Senangkan macam ni?

Nampaknya, Setia EcoHill Mall bakal menjadi pusat sehenti untuk mereka yang tinggal berdekatan kawasan Semenyih. Dalam masa terdekat, lebih banyak department store akan dibuka dan Pasaraya Lulu akan ada juga tau!

Lebih banyak hiburan & acara menarik di Setia EcoHill Walk

Selain menjadi syurga makanan untuk penduduk Semenyih, Setia EcoHill Mall juga mempunyai satu lagi tarikan untuk masyarakat sekitarnya, iaitu Setia Ecohill Walk, sebuah kawasan lapang di tengah pusat membeli-belah ini.

Kalau korang nak tau, kawasan inilah yang menggabungkan aktiviti riadah dan perniagaan untuk penduduk di Semenyih, ia menempatkan pentas pertunjukan, pancuran air dan landskap indah untuk korang tenangkan fikiran atau biarkan anak kecil berlari bebas.

Bagi mereka yang gemar berselfie dan mengambil gambar, Setia Ecohill Walk turut mempunyai tempat Instagrammable untuk korang ber’OOTD’ seperti di Prancing Horse, Bull dan Mascot EcoBot terbaru. Macam ni, barulah in dan up to date!

Ini pula korang boleh saksikan kemeriahan acara Aurora Night yang diadakan di Setia EcoHill Walk bagi menarik kehadiran penduduk setempat.

Setia Live Out Loud meriahkan pembukaan Setia EcoHill Mall

Bukan itu saja tau, sempena pembukaan rasmi Setia Ecohill Mall, S P Setia baru-baru ini telah menganjurkan konsert Setia Live Out Loud pada 3 September yang lalu.

Konsert percuma ini telah dianjurkan di Setia EcoHill Walk Semenyih dengan menampilkan nama-nama hebat dalam industri seperti Datuk Zainal Abidin, Hael Husaini, Nicholas Teo, Priscilla Abby, Santesh kumpulan pop The15. 

Tarikan artis daripada pelbagai kaum yang membuat persembahan telah berjaya menarik lebih 6,000 orang penonton walaupun jangkaan awal hanya 3,000 orang sahaja. Wow!!

Cari tempat baru nak kembangkan perniagaan? Setia EcoHill Mall kan ada!

Bagi Koridor Kajang-Semenyih, Setia EcoHill Mall merupakan pembangunan bersepadu dan berpotensi menjadi destinasi pusat beli-belah sehenti.

Bayangkan kawasan berdekatan Setia EcoHill Mall ni mempunyai kepadatan 600,000 penduduk  dalam lingkungan 20 minit pemanduan. Confirm penuh punya mall hujung minggu dan cuti umum!

Kalau korang rasa nak kembangkan perniagaan, Setia EcoHill Mall lah tempatnya! Bukan je lokasi strategik, malah sepanjang Jalan Semenyih ni korang dah boleh nampak mall ni tersergam indah dan ala-ala Grand Canyon gitu! 

Takyah pi overseas dah.

Nak pergi pun senang je, sebab ada akses terus ke LEKAS-ECOHILL LINK. Bagi yang duduk area Semenyih tu, jangan lupa follow Facebook rasmi Setia EcoHill Mall 

Untuk mereka yang nak kembangkan perniagaan pula korang boleh hubungi pemaju iaitu pihak Setia EcoHill untuk lihat shoplot untuk dijual atau pajak di SINI.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas