Connect with us

Oh! Media

Raya Mana Lagi? Jom Pergi Rumah Terbuka S P Setia, Tahun Ni Ada Persembahan Dari Amy Mastura & Tomok Tau!

Branded

Raya Mana Lagi? Jom Pergi Rumah Terbuka S P Setia, Tahun Ni Ada Persembahan Dari Amy Mastura & Tomok Tau!

“Alamak! Raya Lagi…….”

Tak puaslah rasa raya tahun ni, macam kejap sangat beraya kat kampung lepas tu dah kena balik bekerja semula.

Tapi korang jangan risau, rumah terbuka kan banyak. Apa kata korang senaraikan je mana yang berdekatan, lepas tu reserved siap-siap. Macam ni baru fun nak raya sebulan!

S P Setia Buat Rumah Terbuka Lagi. Tahun Ni Tema Raya Batik, Raya Cantik

Seperti tahun-tahun sebelum ini, S P Setia tak pernah missed buat rumah terbuka. Dahla makanan setiap tahun sedap, siap ada persembahan artis jemputan pula tu. Meriah sangat!

Tahun ini sempena Sentuhan Syawal, Setia Bersama, S P Setia akan menganjurkan rumah terbuka dengan konsep Raya Batik, Raya Cantik di Oval Lawn, Setia City Park, Setia Alam.

Serius rugi kalau korang tak join!

Persembahan Tomok, Amy Mastura, Harmonik Perdana & Ada DJ Radio Era

Selain makanan, istimewanya rumah terbuka S P Setia ialah ada persembahan daripada artis terkenal. S P Setia membawakan band tempatan seperti Harmonik Perdana, Amy Mastura dan juga Tomok untuk menghiburkan pengunjung secara langsung masa open house nanti.

Tapi bukan itu saja, ada juga kemunculan istimewa daripada DJ Radia Era iaitu Nabil, Haniff dan Ray.

Hadiah Bernilai Sehingga RM6,000 Menanti Semua!

Sepanjang kempen Sentuhan Syawal, Setia Bersama, S P Setia nak bagi hadiah kepada semua. Antara hadiah yang ditawarkan ialah Apple 10.2-inch iPad Wi-Fi 256GB, Apple Watch Series, Apple AirPods (3rd Gen) dan banyak lagi.

Kalau nak menang pastikan korang join Setia Raya Pantun 4 Kerat Contest S P Setia di aplikasi Setia on the Go. Peraduan akan berlangsung bermula 8 April sehingga 22 April 2024.

Manakala pemenang akan dipilih pada 30 April 2024. Tertakluk terma dan syarat.

Catwalk Phygital Terpanjang Di Malaysia Berkonsepkan Batik

Wow rumah terbuka ada catwalk? Ini memang rare!

Kena sangat dengan konsep rumah terbuka Raya Batik, Raya Cantik, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan catwalk phygital Batik terpanjang di Malaysia yang menggabungkan elemen fizikal dan digital.

Selain tu, ada juga aktiviti menarik lain yang korang boleh turut serta seperti Seni Batik DIY dan Bengkel Kraf.

Tema pun dah batik, jenama fesyen batik mestilah ada juga. Korang jangan lupa singgah booth batik daripada jenama terkenal tempatan seperti Batik Tektura, John Ang dan Hani Nazeera. 

Sentuhan Syawal Setia Bersama, Jom Meriahkan Rumah Terbuka S P Setia di Setia Alam

Menggamit kenangan betul konsep rumah terbuka S P Setia. Kalau korang nak tahu, ia mendapat inspirasi daripada perjalanan Batik yang mempamerkan evolusi seni tradisional kepada ekspresi moden.

Ini mencerminkan komitmen S P Setia sebagai pemaju hartanah terkemuka negara untuk dan mencipta komuniti di mana tradisi dan kemajuan wujud bersama.

Pada yang nak memeriah rumah terbuka S P Setia, jangan lupa untuk daftar terlebih dahulu di sini, www.spsetia.com

Maklumat mengenai Rumah Terbuka #RayaBatikRayaCantik rujuk di bawah:

Tarikh: 21 April 2024

Hari: Ahad

Waktu: 5.00ptg-9.00mlm
Tempat: Oval Lawn, Setia City Park, Setia Alam

Jumpa korang kat sana, jangan lupa pakai baju batik tau!

Sentuhan Syawal, Setia Bersama. S P Setia mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. 

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas