Connect with us

Oh! Media

Baru 5 Hari, Audio Sambut Sama-Sama Raih Hampir 13 Juta Views. Cubalah Kalau Korang Nak Naik FYP!

SP SETIA TikTok Challenge

Branded

Baru 5 Hari, Audio Sambut Sama-Sama Raih Hampir 13 Juta Views. Cubalah Kalau Korang Nak Naik FYP!

“Aduh kenapa video aku susah betul nak naik FYP ea?”

Korang pernah tak ada perasaan macam ni, dah seronok buat video dan upload kat TikTok tapi views tak naik? Sedih sangat! 

Nak raya ni teringin juga nak kongsikan video sambutan raya kat TikTok, yelah dah 2 tahun tak dapat meraikan hari raya bersama, bolehlah jadi kenang-kenangan. 

Tapi korang tau tak, sebenarnya ada ‘trick’ mudah yang korang boleh cuba, untuk naikkan views video korang di TikTok. Barulah lagi ramai dapat berkongsi kegembiraan dengan menonton video korang!

Caranya mudah je, gunalah audio yang tengah viral di TikTok seperti Sambut Sama-Sama, mesti video korang senang naik FYP. Bayangkan, tak sampai seminggu audio ni release, dah ada lebih 11.8 juta tontonan. Wow!

#SambutSamaSama TikTok Challenge Tawar Hadiah Baucar Grab RM100

Kalau korang nak tau, Sambut Sama-Sama merupakan audio rasmi daripada S P Setia. Memandangkan TikTok tengah trend sekarang, S P Setia nak meriahkan lagi Aidilfitri korang dengan #SambutSamaSama TikTok Challenge. Korang berpeluang untuk menang baucar Grab bernilai RM100 tau. Banyak tu, siapa nak bagi?!

Kalau korang nak sertai challenge ni mudah je. Hanya perlu ikut langkah di bawah ni:

Langkah 1: Rakam video korang terima, makan dan hulurkan hidangan dengan menggunakan audio rasmi S P Setia “Sambut Sama-Sama’ sepanjang Ramadan dan Syawal ini.

Langkah 2: Gunakan #SambutSamaSama dan tag @spsetia.

Langkah 3: Muat naik video di TikTok korang dan pastikan akaun korang dalam keadaan umum.

Peraduan ini berlangsung dari 16 April sehingga 15 Mei 2022. Korang boleh hantar seberapa banyak penyertaan yang korang nak, mana tau rezeki korang menang baucar Grab!

Korang boleh tengok lebih banyak penyertaan di SINI.

30 orang pemenang akan dipilih menerusi 2 pusingan yang akan diumumkan pada 2 Mei dan 17 Mei 2022.

*Tertakluk pada terma dan syarat.

Main & Menang e-baucar bernilai RM50 melalui aplikasi Setia On The Go

Haaa.. Satu lagi peraduan yang korang boleh join, syaratnya hanya perlu muat turun aplikasi Setia On The Go untuk menikmati pelbagai ganjaran Syawal ini.

Rebut peluang untuk menang e-baucar bernilai RM50 setiap minggu menerusi aktiviti ‘Play & Win” di aplikasi Setia On The Go. Bukan itu saja, pembeli rumah S P Setia yang bertuah juga berpeluang untuk baking bersama Sharifah Shahirah dengan DIY baking kit yang di sediakan. 

Bagi yang nak membeli rumah pula, inilah masa yang terbaik untuk korang ‘usha’ rumah di S P Setia dengan setiap pembelian rumah, S P Setia nak bagi korang duit raya tau. Best tu!

Jadi tunggu apa lagi,  jom muat turun aplikasi Setia On The Go, untuk tak terlepas peluang menyertai peraduan menarik yang dianjurkan.

Setia Berbudi Ikhlas di Hati

Raikan sambutan perayaan tahun ini dalam kesederhanaan dan bersyukur. Jangan lupa juga untuk join #SambutSamaSama bagi mewarnai sambutan raya korang bersama yang tersayang.

Maklumat lanjut mengenai S P Setia korang boleh klik di SINI.

S P Setia mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas