Connect with us

Oh! Media

Kena Dengan Trend Anak Muda, Samsung Galaxy ‘Comeback’ Dengan Siri S21 FE 5G Terbaharu

Branded

Kena Dengan Trend Anak Muda, Samsung Galaxy ‘Comeback’ Dengan Siri S21 FE 5G Terbaharu

Setelah sekian lama penantian siri terbaru, kini Samsung Galaxy telah melancarkan siri S21 FE 5G yang bakal menawan hati orang ramai terutama anak muda.

Siri ‘Fan Edition’ ini dilancarkan bertujuan untuk memberikan pengalaman yang lebih baik dari segi tahap kelajuan penggunaan serta kepuasan apabila menangkap gambar atau merakam video pada harga yang lebih rendah berbanding siri S21 yang lain. 

Disebabkan ramai yang ternanti-nanti kemunculan telefon pintar terbaru ni, kami buat unboxing khas untuk korang dan ini yang korang perlu tahu sebelum dapatkan Samsung Galaxy S21 FE 5G!

Apa Yang Menarik Dalam Kotak Samsung Galaxy S21 FE 5G Ni?

Sejujurnya, kami tak mengharap tinggi pun bila buat unboxing sampailah kami pegang dan belek sendiri model ini, fuhhh terasa macam terus nak ambil gambar ‘mirror selfie’ pula! 

Samsung Galaxy S21 FE 5G ni hadir dengan reka bentuk yang kemas dan elegan yang mana pada bahagian sisi telefon ini diliputi aluminium dan pada permukaan belakang pula adalah matte plastik yang tak akan meninggalkan kesan cap jari. Wow!

Apa yang buat kami jatuh cinta dengan modal ini adalah warnanya yang premium dan pada masa yang sama kelihatan segar dengan 4 warna yang lembut iaitu White, Graphite, Olive dan Lavender. Cantik kan?

Selain itu, saiz modal baharu ni just nice je, tak besar dan tak kecil serta tak berat kalau nak dibandingkan dengan Galaxy S21 dan S21 Plus. Haa, selesalah untuk korang pegang atau main game lama-lama nanti.

Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai kadar segar semula 120Hz serta skrin berkelebaran 6.4 inci Dynamic Amoled 2X tau. Memang confirm puas lah kalau korang nak main game, layan movie atau scroll media sosial nanti sebab smooth je!

Lagi best, Galaxy S21 FE 5G ni disempurnakan dengan pengecasan pantas 25W, 15W untuk wireless, pengecasan terbalik wireless dan bateri berkapasiti 4,500mAh. Haa, lepas ni korang dah tak perlu tunggu lama semata nak cas bateri sampai penuh!

4 Kamera Canggih Depan & Belakang Yang Tak Mengecewakan

Tak complete la kalau telefon canggih tanpa kamera yang lawa betul tak? Galaxy S21 FE 5G ni disempurnakan dengan kamera utama 12MP, 8MP telefoto yang boleh zoom 3 kali ganda dan 12MP Ultra-lebar untuk gambaran yang lebih luas. Wow, terbaik!

Lagi cun untuk yang kaki selfie kat luar sana tu, korang confirm akan suka punya sebab kamera depan Galaxy S21 FE 5G ni adalah 32MP tau! Haa, lepas ni memang penuh lah album dengan gambar selfie korang.

Korang boleh dapatkan Samsung Galaxy S21 FE 5G ni di pasaran dengan harga RM3,099 yang mana bagi kami, ianya sangat berpatutan dengan spesifikasi telefon ini. 

Kalau korang nak tahu macam mana pengalaman kami menggunakan telefon ini, korang wajib stay tuned okay? Kami akan review jujur dengan korang performance telefon ini serta puas atau pun tidak bila layan movie atau main game. 

Untuk korang yang nak beli Samsung Galaxy S21 FE 5G, korang akan dapat e-baucar bernilai RM350 untuk pembelian seterusnya serta SamsungCare+ percuma 1 tahun bernilai RM220. Tertakluk pada terma dan syarat!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas