Connect with us

Oh! Media

FOMO Atau….? Kenapa Ramai Yang ‘Jump’ Ke Samsung Galaxy Z Flip7?

Ohmedia flip7

Branded

FOMO Atau….? Kenapa Ramai Yang ‘Jump’ Ke Samsung Galaxy Z Flip7?

Eh, pelik kan? Tiba-tiba FYP penuh dengan orang yang sanggup tinggalkan iPhone, terus jump ke Samsung Galaxy Z Flip7. Bukan seorang dua, tapi makin ramai yang ambil langkah ni. Persoalannya, apa yang begitu kuat sampai pengguna iPhone sendiri pun tergoda nak cuba flip phone kompak terbaru Samsung ni?

@andreaandlewis hosting a funeral for my iPhone @SamsungUS #zflip7 ♬ original sound – Andrea & Lewis
@sorebeans Zflip Review! I tried to keep this video short so if you have questions or want a longer video with more detail let me know! #zflip #samsung #zflipreview ♬ While drinking strong green tea – KCNX

Jawapan dia simple, Galaxy Z Flip7 dah buktikan yang ia bukan sekadar phone untuk bergaya. Ini ialah flagship kompak dengan teknologi paling lengkap dalam kelasnya.

Cover Screen Terbesar Flip Pernah Ada

1000007144

Upgrade paling besar tahun ni ialah Cover Screen AMOLED 4.1 inci. Ini merupakan cover screen paling besar pernah ada pada flip phone. Dengan 120Hz refresh rate dan 2,600 nits brightness, memang power untuk guna siang dan malam.

1000007134
1000007130
1000007129

Lebih menarik, apps boleh terus straight digunakan pada Flex Window. WhatsApp, Maps, Spotify, semua boleh direct dari luar. Maksudnya banyak task harian settle tanpa perlu buka skrin utama. Cepat, smart, dan jimat bateri.

Flex Mode = Game Change

1000007143

Bila buka, terus nampak AMOLED 6.9 inci yang imersif. Crease? Hampir tak terasa. Separuh lipat, terus aktifkan Flex Mode bahagian atas jadi paparan, bahagian bawah jadi control panel. Senang nak tengok YouTube, buat video call, atau rakam content hands-free.

Chip 3nm + Bateri All-Day

Samsung bawa Exynos 2500 (3nm) ke Flip7, menjadikannya lebih bertenaga untuk multitasking, gaming dan AI. Dipadankan dengan bateri 4,300 mAh, ketahanan seharian bukan masalah. Nak serious work? Sambung monitor dan keyboard, aktifkan Samsung DeX, terus tukar Flip7 jadi workstation compact.

Kamera + AI = Content Creator’s Weapon

Setup kamera terdiri daripada 50MP main camera dengan 2x zoom, 12MP ultra-wide dan 10MP selfie. Tapi rahsia sebenar ialah bila guna Cover Screen sebagai preview window. Boleh rakam selfie macam guna kamera belakang. Hinge rigid pula membolehkan phone jadi tripod mini, siap ada gesture control untuk ambil gambar atau video.

Tambah pula ciri AI photo editing dan Gemini Live, anda boleh edit background, alih objek, atau tanya AI terus tentang apa yang dirakam. Memang next level untuk content creator.

Compact, Tapi Flagship Class

1000007142

Z Flip7 jadi nombor satu sebab ia hadir dengan cover screen terbesar dalam kelas flip phone, paparan utama 6.9 inci yang menyokong Flex Mode, kuasa Exynos 2500 bersama bateri 4,300 mAh untuk prestasi all-day, kamera AI versatile untuk content, dan semuanya dibungkus dalam saiz compact yang kekal premium.

Tak peliklah kalau ramai sanggup jump ke Z Flip7. Telefon ni dah sampai tahap matang untuk jadi pilihan flagship sebenar. Samsung Galaxy Z Flip7 ialah gaya, kuasa dan praktikaliti dalam satu device.

Nak tahu lebih lanjut atau terus beli? Layari Samsung Malaysia.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Mastura Zulkafli
Mastura adalah Ketua Penulis Editorial sepenuh masa di Oh! Media, pakar dalam menyampaikan artikel pemasaran dengan gaya yang santai namun penuh informasi, memastikan setiap kandungan mudah difahami dan relevan untuk pembaca.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas