Connect with us

Oh! Media

Kawasan Perumahan Ini Confirm Akan Buat Korang Jatuh Cinta & Ini Sebabnya

EcoForest

Branded

Kawasan Perumahan Ini Confirm Akan Buat Korang Jatuh Cinta & Ini Sebabnya

Bila kita bercakap pasal rumah ni, kebanyakkan generasi muda masa kini berlumba-lumba untuk memiliki rumah pertama yang tersedia dengan pelbagai manfaat tambahan. Maklumlah, rumah kan sebuah aset penting dalam kehidupan.

Kalau korang tengok sekarang ni, ada macam-macam jenis perumahan yang dibina oleh pemaju, namun tak semua kena dengan citarasa kita terutama kehendakan untuk semua orang pada zaman sakarang.  

Tapi, korang pernah dengar tak tentang kawasan perumahan di Eco Forest? Haa, kalau belum, meh kami share sikit tentang kelebihan memiliki rumah di tempat perumahan Eco Forest.

Eco Forest, Syurga Untuk Pencinta Kedamaian

Kalau korang impikan rumah yang tenang, pemandangan pokok-pokok yang menarik serta sejuk, kawasan perumahan Eco Forest adalah pilihan yang sangat tepat.

Untuk pengetahuan, Eco Forest yang berkeluasan 515 ekar ni diinspirasikan daripada flora subur daripada Bukit Broga. Ia merupakan kawasan hijau segar yang mempunyai Central Park serta tasik yang sangat menenangkan.

Menariknya, Eco Forest ini mempunyai pintu masuk yang besar serta dikelilingi oleh buluh melengkung yang dapat melindungi daripada sinaran matahari. Wow, boleh feeling-feeling rasa dekat luar negara!

Selain itu, ia juga mempunyai central park seluas 25 ekar untuk tujuan riadah. Haa, confirm best kalau bersiar-siar waktu petang sambil hirup udara segar!

Semua kawasan kediaman di Eco Forest ini dilengkapi dengan kemudahan keselamatan yang lengkap tau. Bukan setakat ada pintu masuk keselamatan yang besar, malah pengurusan keselamatan pun 24/7. Anda akan dijaga dengan baik kalau tinggal di sini.

Paling best, siap ada akses RFID, CCTV 360°darjah dan sudah tentu rondaan Polis Bantuan EcoWorld.

Apa yang kami nak kongsikan dengan korang hari ni adalah presint BIRCHPARK yang mana rekaan perumahan di presint ini sangat sesuai dengan mana-mana generasi masa kini.

Antara jenis perumahan yang terdapat di BIRCHPARK adalah Co-Home, Artisan Homes, Garden Homes, dan Alfresco Homes.

Co-Home

Kediaman yang terdapat di presint BIRCHPARK ni adalah Co-Home yang mana ia dibina dengan konsep co-living dan pengamalan kehidupan moden.

Sama seperti yang lain, reka bentuk kediaman perumahan ini adalah A-Frame serta dilengkapi dengan ruang pengudaraan yang mencukupi.

Apa yang membezakan kediaman ini daripada kediaman yang lain adalah struktur binaan rumah atas dan bawah dengan pemilik yang berbeza, sesuai untuk mereka yang mempunyai keluarga yang kecil.

Selain dilengkapi dengan 3 bilik dan 2 bilik air, setiap unit di Co-Home didatangkan dengan 2 tempat letak kereta di hadapan rumah. Pada pendapat kami, rumah ini sesuai untuk anda yang sudah mendirikan rumah tangga dan juga ingin tinggal dekat dengan ibu bapa.

Artisan Homes

Apa yang menarik tentang Artisan Homes ni adalah ia merupakan rumah teres yang sudah fully extended. Bagi orang yang suka buat renovation untuk besarkan ruang rumah sendiri bolehlah pilih rumah Artisan Homes ni.

Betapa luasnya rumah teres dua tingkat ni sampaikan korang boleh gunakan setiap inci rumah sepenuhnya. Bayangkan korang pasang TV dan set sofa bentuk L sekalipun, masih banyak ruang yang korang boleh guna. Nak mendeko pun puas!

Setiap unit mempunyai 4 bilik dan 3 bilik air. Semua bilik tidur dilengkapi dengan tingkap besar untuk pemandangan yang lebih baik dan udara segar. Jadi, korang tak perlu risau tentang pengudaraan dan cahaya matahari semula jadi!

Alfresco Homes

Alfresco Homes ini merupakan kediaman perumahan teres yang dibina dengan ruang pengudaraan yang mencukupi serta mempunyai udara terbuka yang terlindung. Ia juga sesuai untuk korang yang suka aktiviti luaran di halaman rumah sendiri, seperti buat barbeque bersama keluarga.

Dilengkapi dengan halaman belakang rumah yang berbentuk L seluas 10 kaki* – 20 kaki*, korang boleh buat pelbagai aktiviti. Pilihan tepat buat mereka yang berkeluarga. Tak payah keluar rumah pun boleh bersuka ria bersama anak-anak di halaman. Seronok!

Garden Homes

Garden Homes berkonsep dengan gabungan rumah teres dan semi-D, ia mempunyai taman persendirian bagi semua unit termasuklah rumah tengah. Haa, siapa yang suka bercucuk tanam tu, memang sesuailah untuk memiliki rumah ini.

Perumahan ini juga hadir dengan susun atur pelan yang terbuka serta kawasan luar dan dalam yang luas. Sesuai sangat untuk korang yang mempunyai ahli keluarga yang ramai.

Selain tu, setiap unit dilengkapi konsep anjung kereta tanpa pintu pagar. Boleh letak sehingga 6 buah kereta di depan rumah!

Pemilihan Kawasan Yang Strategik, Eco Forest Adalah Pilihan Utama Yang Terbaik Untuk Tempat Perumahan Anda.

Haa, menarikkan unit-unit rumah yang ditawarkan oleh Eco Forest ni? Memahami keperluan pelanggan, EcoWorld memilih untuk membangunkan kawasan perumahan ini berdekatan kehijauan supaya korang dapat berehat daripada kesibukan bandar.

Kalau nak tahu lebih lanjut tentang perumahan yang ditawarkan oleh Eco Forest, korang boleh hubungi menerusi aplikasi WhatsApp untuk maklumat lebih lanjut ataupun daftar masuk laman web untuk lokasi EcoWorld pilihan korang.

*Tertakluk kepada terma & syarat.

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori Branded

30 Hari Paling Trending

Ke Atas