Connect with us

Oh! Media

‘Iklan Deepavali’ Dikecam Tanpa Pelakon India, Rupanya Ini Cerita Sebenar

Iklan foodpanda

Branded

‘Iklan Deepavali’ Dikecam Tanpa Pelakon India, Rupanya Ini Cerita Sebenar

Beberapa hari lalu, viral di laman sosial apabila satu iklan dari FoodPanda dikatakan tidak sensitif kerana tidak melibatkan seorang pun pelakon berbangsa India. Netizen mendakwa  iklan bertemakan Bollywood berkenaan sebagai pengambilan budaya (cultural appropriation)kaum India.

Dalam video tersebut, beberapa pelakon dan penyanyi seperti Adibah Noor, Nadia Aqilah, Azhan Rani dan Sean Lee menari dengan berpakaian warna warni ala babak filem Bollywood. Tapi betul ke FoodPanda telah memanipulasi budaya seperti yang dikritik netizen?

Sebahagian dari kempen #TakkanTakTahu

Iklan berkenaan merupakan sebahagian dari kempen #TakkanTakTahu yang memaparkan tips kepada pengguna  untuk mendapatkan pelbagai tawaran menarik menerusi aplikasi berkenaan. Iklan pendek berdurasi 30 saat itu rupanya sebahagian dari minisode berjudul Delivery Ke Hati Seri.

Minisode berkenaan berkisar mengenai kisah Seri dan keluarganya yang menggunakan pelbagai fungsi FoodPanda untuk yang jarang diketahui orang ramai. Selain bertemakan lagu Hindustan, terdapat juga video mengetengahkan irama K-Pop Yeh Yeh, rock kapak dan juga rap.

Mohon maaf atas salah faham

Oh, bukan iklan Deepavali rupanya. Iyalah, bila tengok kalender Deepavali akan disambut pada 4 November 2021, jadi tentunya iklan pendek FoodPanda ini tiada kaitan dengan sambutan perayaan itu. Hal in turut disahkan Pengurus Besar Pemasaran FoodPanda, Vanita Menon Kris dalam satu kenyataannya.

Kami faham mungkin ada salah faham yang berlaku, namun, video berkenaan adalah sebahagian daripada kempen lebih besar dan bukanlah iklan Deepavali kami. foodpanda dengan rendah hati memohon maaf dan bukan niat kami untuk mengundang perasaan kurang senang kepada pengguna. Kami kekal komited untuk menghantar keriangan kepada anda.

Untuk rekod, kempen berkenaan akan dilancarkan ke TV, radio platform digital seperti Spotify & Joox. Nak lebih faham, jom kita layan beberapa versi lain iklan pendek foodpanda ini yang kini boleh ditonton di Youtube rasmi mereka.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas