Connect with us

Oh! Media

Nak Menang 1,500 Aset Mobile Legends? Jom Join Refresh & Recharge

Tic Tac

Trending

Nak Menang 1,500 Aset Mobile Legends? Jom Join Refresh & Recharge

Permainan dalam talian Mobile Legends adalah antara salah satu hiburan yang popular dalam kalangan anak muda pada masa kini. Mengambil kesempatan ini, gula-gula Tic Tac Malaysia yang terkenal untuk kesegaran nafas, telah melancarkan kempen ‘Refresh & Recharge’ dan memilih Mobile Legends sebagai rakan kolaborasi.

ADVERTISEMENT

Kempen ini dilancarkan bagi bertujuan untuk memberikan rasa kesegaran kepada para pemain serta meraikan ‘little wins’ dalam permainan, dalam masa yang sama dapat menaikkan sifat murni dalam diri pemain dan mengelakkan daripada kancah negatif.

Pada minggu lepas, dua pemain Mobile Legends yang Terkenal di Malaysia iaitu Thanuk Pri Cha (Nukk) dan Syafiq Faizin (Zynn) bersama ‘lifestyle influencer’, Muhammd Syah Fitri (Syahfit) berada dalam strim Refresh & Recharge (R&R) Night (RR) di laman Facebook Tic Tac Malaysia.

Trio ini berkongsi pelbagai tips dan trik Mobile Legends eksklusif selain daripada meluangkan masa dan mengupas koleksi sesi permainan Mobile Legends Zynn yang luar biasa.

Cara mudah untuk memenangi hadiah lumayan!

Kempen ‘Refresh & Recharge’ ini juga memberi peluang kepada korang yang kaki ML ini untuk memenangi hadiah lebih 1,500 aset Mobile Legends antaranya Diamond (50 hingga 1,000 Diamond), Skin dan Hero.

Caranya mudah sahaja, korang perlu beli Tic Tac dalam mana-mana perisa (Mint, Orange, Spearmint, dan Strawberry) dan muat naikkan resit pembelian di www.tictac.my. Mudahkan?

Bukan itu sahaja, Tic Tac juga akan memberikan 40 hadiah bonus pada setiap minggu beserta ‘Limited Edition’ dan ‘Special Skin’, ‘Heroes’ dan ‘1,000 Diamonds’.

Korang hanya perlu beritahu kenapa korang suka makan Tic Tac dan sertakan hashtag #TicTacRecharge. Kemudian muat naik di laman Facebook atau Instagram dan pastikan akaun korang dalam keadaan public.

Untuk maklumat lanjut mengenai Tic Tac Malaysia boleh ikuti Facebook atau layari www.tictac.my. Jangan lepaskan peluang!

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas