Connect with us

Oh! Media

Branded

Kualiti, Rasa Level International! Ini Produk “Anak Malaysia” Yang Wajib Korang Tahu!

Siapa dekat sini bila beli barang, selain dari check kandungan serta logo halal, korang akan semak juga negara pengeluar sesuatu produk?

Yelah, sekarang kan semua tengah giat memberi sokongan terhadap barangan tempatan. Sapot lokal gitu! 

Jadi berapa banyak produk tempatan yang korang tahu? 

Tahu tak, sebenarnya ada produk tempatan yang sedap dan kualiti mencapai level international. Sampaikan kita sendiri ingatkan barangan tersebut dari luar negara sedangkan buatan Malaysia. 

Lagi terkejut bila dapat tahu yang mereka telah bertapak di industri selama 48 tahun! Macam  inilah boleh dikategorikan sebagai “Anak Malaysia”. 

Nak tahu apa dia? Meh sini kami share~ 

Mister Potato: Produk  Lokal Yang Sedap 

Mamee, Mister Potato, Mamee Chef, Anak Malaysia

(Kredit: Cempedak Cheese)

Haa, sebenarnya Mister Potato merupakan jenama daripada Malaysia. Korang mesti selalu tengok snek Mister Potato ni dijual dekat kedai kan?? 

Kerepek kentang yang menjadi pilihan semua tak kira masa dan tempat korang berada. Makan masa picnic okay, masa study boleh, masa streaming movie atau battle game pun onz. Bawa masa travel pun ngam sangat, takdak la korang mengantuk dalam perjalanan tu weh!

Mamee, Mister Potato, Mamee Chef, Anak Malaysia

(Kredit: OhMedia (Kiri), Kisah Dunia (Kanan))

Kerepek kentang Mister Potato ni hadir dalam 2 bentuk iaitu pek dan juga kanister. Pilihan perisa pun banyak tau. Apa yang kami boleh kata, kesemua perisa yang ada pasti memenuhi citarasa lokal rakyat Malaysia. 

Antara perisa yang ada ialah Original, Hot & Spicy, BBQ, Sour Cream & Onion, Honey Cheese, Tomato, Sweet Potato dan Sweet Potato Corn. 

Rasanya yang sedap dan ranggup dimakan, memenuhi citarasa rakyat Malaysia. Tak hairan bila Mister Potato menjadi pilihan utama snek tak kira masa dan tempat korang berada.

Mamee Chef: Rasa Tempatan Yang Tiada Tandingan

Mamee, Mister Potato, Mamee Chef, Anak Malaysia

(Kredit: Kisah Dunia)

Siapa je tak suka mi segera, makanan favourite apabila korang berada di asrama ataupun semasa berkhemah . Boleh kata , yang mi segera antara makanan yang wajib ada di rumah. Tapi korang tahu tak mi segera apa yang paling sedap dekat Malaysia? 

Aha! Siapa lagi kalau bukan Mamee Chef. Produk terbaik ni gais!

Dengan rasa premium seperti dimasak oleh chef terkenal, memang membuka selera korang untuk makan. Kalau korang belum cuba lagi, pergi cuba sekarang.

Kami sarankan untuk korang try pek bundle Mamee Chef Mi Goreng Rendang Legenda yang menyajikan keenakan cita rasa tempatan yang asli. Rasanya seperti makan rendang mak. Sekali cuba, pasti nak lagi! 

Mamee, Mister Potato, Mamee Chef, Anak Malaysia

(Kredit: Cempedak Cheese)

Selain itu, bagi korang yang “kaki travel”, Mamee Chef Cup adalah pilihan yang sesuai untuk korang dapatkan. Ianya senang dan mudah dibawa kemana saja korang berada. Rasa macam ada chef pula masak untuk kita.  

Mamee Chef Cup mempunyai pelbagai variasi perisa seperti Laksa Kari, Ayam Pedas Shiitake, Creamy Tomyam dan juga Lontong. Pasti ‘ngam’ punya dengan selera korang! #SayaAnakMalaysia #LokalDanSedap #SapotLokal.   

Jadi, kita sebagai rakyat Malaysia kenalah bangga dan support  Mister Potato dan Mamee Chef yang merupakan jenama “Anak Malaysia” yang boleh didapati di kedai berdekatan ataupun secara online di Shopee dan Lazada.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Mamee dan ikuti laman sosial rasmi di Instagram (Mister Potato, Mamee Chef) dan Facebook (Mister Potato, Mamee Chef).

Penulis editorial separuh masa di Oh!Media. Semoga hari-hari pembaca indah dengan artikel saya. Cehwahh.

Lagi dalam kategori Branded

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas