Connect with us

Oh! Media

Berjaya Raih 1 Juta Tontonan Di YouTube Mobile Legends, Peminat Setuju 3 Pelakon Ini Serasi Dengan Watak Gaming

Mobile Legends 515

Branded

Berjaya Raih 1 Juta Tontonan Di YouTube Mobile Legends, Peminat Setuju 3 Pelakon Ini Serasi Dengan Watak Gaming

Siapa kat sini suka main Mobile Legends cuba angkat tangan sikit. Haa, biasa dalam video permainan ni mesti akan ada watak yang buat kita suka untuk bermain betul tak? Kalau tanya kami, kami suka watak Gusion sebab lincah dalam pertempuran.

Cakap pasal watak ni, korang tau tak baru-baru ni Mobile Legends ada memperkenalkan beberapa watak baharu menerusi kempen 515? 

Haa, tak nak cakap banyak, jom tengok apa kempen 515 ni dan siapa watak baru yang Mobile Legends kenalkan.

Mobile Legends Hadir Dengan 3 Watak Baru

Seperti yang kita tau, Mobile Legends: Bang Bang merupakan salah satu arena pertempuran dalam talian mudah alih yang popular, di mana ia mempunyai lebih 105 juta pengguna aktif pada setiap bulan dan antara 10 permainan yang paling banyak dimainkan di lebih 120 buah negara. 

Terbaru, Mobile Legends hadir dengan siri mini animasi 515 untuk memperkenalkan 3 watak baharu di YouTube dan hasilnya mendapat lebih daripada 2 juta tontonan.

Tiga watak baru tersebut adalah Tang Wanwan, Ling dan Yin yang mana watak-watak ni merupakan teras wira untuk siri ini. Wow, korang dah tengok ke belum? Kalau belum, cepat pergi ke YouTube channel diorang sekarang!

Top 3 Pelakon Terkenal Dipilih Memegang Watak Baru Mobile Legends

Siri Mobile Legends terbaru ni menampilkan 3 pelakon terkenal tanah iaitu Janna Nick, Hun Haqeem dan Hairul Azreen tau. Wow, bukan calang-calang pelakon ni dipilih. 

Untuk pengetahuan, barisan pelakon ini dipilih disebabkan oleh perwatakan serta imej yang dibawakan oleh mereka bersesuaian dengan watak baru Mobile Legends. 

Menurut produksi, mereka memilih Janna Nick untuk memegang watak Tan Wanwan kerana kedua-dua mempunyai banyak persamaan iaitu mereka berdua adalah penyanyi, ahli muzik serta penstrim. Jadi, mereka percaya Janna Nick dapat memegang watak tersebut dengan jayanya. 

Manakala untuk Hun Haqeem pula, mereka memberi kepercayaan kepada pelakon tersebut untuk memegang watak Ling kerana beliau mempunyai karakter sebagai seorang pejuang yang kompetitif dan tegas. 

Untuk watak permainan Yin pula, ia dimainkan oleh Hairul Azreen yang mana kedua-dua mereka mempunyai karakter yang sama iaitu berfikiran terbuka dan bertenaga. Hairul Azreen dipilih bukan saja kerana berpegang kepada ‘The Best Never Rest’, malah, dia juga mahir dalam seni mempertahankan diri serta peminat setia Mobile Legends: Bang Bang.

Hasil Lakonan Yang Mantap, 3 Pelakon Ini Menarik 1 Juta Tontonan Masyarakat

Sempena dengan sambutan hari Raya, Mobile Legends tak nak melepaskan peluang keemasan untuk menghasilkan video raya yang turut dibintangi oleh pelakon yang sama. 

Lebih mengejutkan, video raya tersebut mendapat sambutan yang hangat daripada peminat video permainan tersebut dan telah menjadi antara video yang mendapat tontonan paling banyak iaitu sebanyak 980 ribu dalam tempoh kurang daripada sebulan. Wow!

Menariknya, rata-rata penonton menggemari lakonan hebat pelakon tanah air itu sehingga mengharapkan agar mini siri animasi ini dapat diteruskan. Kalau dah ada demand tu memang baguslah ceritanya!

Mobile Legends: Bang Bang Melebarkan Sayap Di Serata Tempat

Untuk menarik lebih ramai peminat video permainan, Mobile Legends mengambil inisiatif untuk berkolaborasi dengan Sunway Pyramid dan The Curve yang mana peminat dapat mengambil bahagian dalam bermacam-macam jenis peraduan yang dianjurkan. Wow, bestnya!

Kerjasama dengan Beam
Kerjasama dengan Dominos

Antara jenama yang mengambil bahagian dalam peraduan tersebut antaranya adalah Beam, Dominos, Touch ‘N Go, SAMSUNG Malaysia dan banyak lagi sempena dengan sambutan 515 M-World Mobile Legends: Bang Bang. 

Sambutan Hangat Daripada Peminat, Mobile Legends Raih 80 Juta Pemain Aktif

Untuk pengetahuan, dalam tempoh 30 hari yang lepas, Mobile Legends: Bang Bang telah berjaya mengumpul lebih kurang 80 juta pemain yang aktif. 

Apa yang lebih membanggakan, data pemain aktif ini meningkat setelah kempen 515 dan watak baru seperi Tang Wanwan, Ling dan Yan diperkenalkan. Ini menunjukkan bahawa ramai peminat video permainan ini menerima pembaharuan yang dilakukan oleh Mobile Legends. 

Mobile Legends: Bang Bang juga mempromosikan kempen mereka di TikTok dengan mengeluarkan dua lagu di TikTok  iaitu ‘We Better Than Me’ serta satu lagu remix bertema 515. 

Terdapat beberapa barisan penyanyi yang ‘cover’ lagu tersebut sehingga mendapat sambutan luar biasa mencecah 300 ribu penonton. Wow!

Untuk maklumat lanjut mengenai Mobile Legends: Bang Bang siri animasi 515, korang boleh klik DI SINI, atau ikuti media sosial Facebook, Instagram dan YouTube. Korang juga boleh muat turun video permainan ini di Google Play Store dan App Store.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas